Tuesday, September 21, 2010

Muzium Padi dan Pusat Sains di Kedah?

Dalam keriuhan beryaa dan persiapan kenduri, kami sekeluarga sempat lagi berjalan-jalan ke Muzium Padi di Kedah. Sapa pernah pergi sana? Liza tak pernah pergi. Sebab tu beriya ajak my hubby pergi. Kebetulan dia ada kerja di pejabat Alor Setar, jadi dapatla kami melawat muzium.

Sebetulnya, nak pi Pusat Sains sekali. Mesti ramai yang tak tau Kedah ada Pusat Sains. Masa sekolah dulu, Liza pernah pergi Pusat Sains kat Kl tu. Masa tu pergi rombongan pelajar-pelajar sekolah. Dan bila my hubby bagitau dia ada 'kerja' kat Pusat Sains Kedah, Saya ingatkan dia bergurau. Rupanya betul. Kebanyakan barang-barang pameran daripada Pusat Sains KL yang agak 'basi' akan dipamerkan semula di Pusat Sains Kedah. So, sapa yang tak berkesempatan nak ke Pusat Sains Kl, boleh la melawat di Kedah. Ye tak? Dan disebabkab kesuntukan masa, kami pun tak sempat ke sana. Nanti, pergi Pusat Sains kat Kl lah pulak kan....

So, kat Muzium Padi kami macam mengimbau balik kenangan zaman kecik-kecik bila tengok cara menggemburkan tanah sawah pakai kerbau..orang panggil menggala... Tengok alat-alat yg digunakan untuk menanam padi seperti kuku kambing..pasti ramai yang jegil mata sebab tak kenai...

Selainnya, tak sempat nak baca sejarah sebab duk menangkap Adam lari sana sini... Pengawal pun kena buat kerja lebih tengokkan Adam yang asyik nak sentuh itu ini. Haish...

3 comments:

أ / أحمد عبد المنعم said...

هل تتحدثين العربية ؟

firahadifa said...

ha'ah.. mmg tatau pon kedah ade pusat sains..

da advance kedah ni ek

Liza said...

Alamak, Pak cik Arab komen apa tu?

Fida~Kedah kan maju 2010. Perlis maju 2015.. Hehe..lambat sket la..