Bagaimana Mengesan Madu Asli?

Tuesday, July 12, 2011

Minggu lepas aku ada membeli madu daripada penjual jalanan (tak jual tepi jalan tapi di tempat kerja aku) Aku panggil jalanan sebab dia menjual secara mendekati seorang demi seorang daripada kami. Dia menawarkan madu asli (katanya) Madu tualang dengan harga RM60 satu botol besar. Dalam hati terdetik, murahnya...

Kami sekeluarga memang terbiasa mengamalkan minum madu di rumah dan stok sentiasa ada. Disebabkan stok di rumah hampir habis, aku akhirnya membeli sebotol madu. Hati gembira sebab dapat madu tualang dengan harga yang murah. Ramai yang tidak percaya ia madu asli kerana sangat murah dan warnanya sedikit kehitaman. Bila aku rasa, rasanya sangat manis....

Dua hari lepas, madu yang aku beli itu meletup. Hah, camni!

                                    Bersembur, terpelanting tudungnya.

Aslikah madu yang aku beli ni?? Aku cuma risaukan keasliannya kerana setiap hari aku akan meminumnya. Kalau lah tiruan, tak pasal-pasal lak aku terkena kencing manis nanti...

Aku terjumpa artikel berkaitan madu asli ni. Ni berdasarkan apa yang aku copy dari link tersebut :

Sebenarnya madu yang paling tulen (lebih berkhasiat) dan terbaik di dunia adalah terdapat daripada lebah yang bersarang di hutan belantara dan di gurun-gurun pasir (pohon kurma). Madu HPA diambil daripada negara Iran yang bersumberkan daripada pohon-pohon kurma, zaitun dan tiin. Kandungan airnya kurang daripada 17%. Madu yang mempunyai kandungan air yang tinggi melebihi 17% mudah terjejas oleh yis (yang boleh menyebabkan berlakunya proses penapaian). Akibatnya madu menjadi masam dan mengeluarkan gas. Itu yang kadang-kadang boleh meletup tu. Ingat! yang meletup tu dah hilang keasliannya walau pun asalnya asli.


Disini diberikan beberapa tips untuk mengenal madu yang benar-benar asli.


1. Madu asli lebih tumpat daripada air. Apabila dicampur dengan air biasa dalam satu gelas ia tidak cepat larut malah ia terus jatuh ke dasar gelas.


2. Bila dititis atas kertas ia tidak akan meninggalkan kesan apabila dilap.


3. Celupkan kepala macis ke dalam madu. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.


4. Madu asli akan membentuk heksagen di dalam air yang tak dikacau.
Wallahualam. Semoga kita tidak ditipu lagi....
 
              ~Korang ada pengetahuan atau pengalaman berkaitan madu asli?~

5 comments:

Cikgu Dahlia said...

ada gak beli madu hari tu...
minum la jugak seminggu tahan mulut dsb..
tak tahan woo..skrg ni xminum dah..
xleh nak telaN ..

zaidah said...

selalu minum madu HPA...

e.l.i.z.@ said...

eli igtkan madu tualang ni kaler dia cair..kiranya bukan pekat mcm liza punye..

TopsyTurvyMum said...

Tak pernah lak ambik tau madu asli ke tak hehe..
Biasa beli, manuka honey, memang pekat!

Wonderful Life with Mary Kay said...

Dahlia~ada setengah org tak lalu mkn madu..

Zaidah~boleh try HPA lepas ni :)

eliza~tula, rasa cam tak tulen jer tuh

TTM~Liza tau madu tualang ja. keke