Mangga Harumanis, Kebanggaan Perlis

Saturday, June 18, 2011

Bagi yang pernah berkunjung ke Perlis sekitar bulan Mei ke Jun, mungkin pernah merasai keenakan buah mempelam harumanis kerana buah ini dijual hanya pada musim tertentu. Harumanis ini merupakan tarikan utama Perlis kerana buah yang istimewa ini hanya sesuai ditanam di tanah Perlis Indera Kayangan, tidak di negeri lain. Ia menjadikan buah ini menjadi rebutan ramai.

Harumanis ini sangat manis dan baunya sangat harum, sesuai dengan namanya HARUMANIS.... Ia telah lama diusahakan oleh petani-petani di Perlis sejak 20 tahun yang lalu dan juga ditanam oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis tetapi hanya dikormersialkan secara besar-besaran sekitar tahun 2003. Mulai tahun 2009, sebanyak 50 tan harumanis telah dieksport ke Jepun kerana permintaan yang sangat tinggi dengan harga RM100 sekilogram. Mak ai, mahainya!! Jadi, tidak hairanlah sekiranya harga buah ini mencanak naik sehingga RM18 sekilogram untuk jualan tempatan.


                                  Inilah rupanya buah pelam Harumanis

       Harumanis telah dikormersialkan kerana permintaan yang terlalu tinggi

            Sesuai djadikan cenderahati kerana pembungkusannya kemas

                                             ::Pictures above taken from google::

Cuti sekolah baru-baru ini kami jugak tidak melepaskan peluang merasai dan membeli harumanis. Nasib menyebelahi kami kerana harumanis masih dijual walau tinggal sisa-sisa dan harganya waktu itu telah naik sehingga RM18 sekilogram.

Kalau anda berkunjung ke Perlis, jangan lupa ke Jabatan Pertanian Bukit Bintang, Batu Pahat untuk merasai pulut mangga harumanis ini. Sekiranya anda berada di Perlis sekitar Mac dan April, pastikan anda membeli mangga ini di Jabatan Pertanian kerana harga di luar selepas bulan April sangat mahal dan terdapat juga sesetengah peraih yang mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati.


Ni pusat jualan utama harumanis tapi semasa kami sampai, pusat jualan telah lama ditutup iaitu sejak bulan Mei lagi. Kami sampai ketika perut tengah berkeroncong. Lunch dengan pulut mangga lah nampaknya. :)


Ni sekitar ladang. Sebenarnya kat depan gerai tu jer... Gerai pulut mangga ni terletak di tengah-tengah  ladang harumanis.

Sementara menunggu pulut dan jus harumanis sampai, Adam sempat duk main 'enjit-enjit semut' dengan ayah. Sakit tau mai dengan dia, dia cubit kuat-kuat. Adoyai....

                                                    Jus dah sampai..

                             Pulut mangga harumanis. Sangat nikmat!!!

Keseluruhan harga kami makan hanya RM10. Kami order jus 3 gelas dan pulut mangga 2 pinggan. Aku terlupa nak tanya harga satu-satu. huhu.....

Di luar kawasan, kami sempat beli harumanis untuk bekalan pulang ke KL. Kami hanya beli 3 kg. Harga yang aku pilih RM14 sekilogram sebab ia dijual mengikut gred kematangan. Kalau yang dah terlalu masak, harganya akan jatuh kerana buah ini akan cepat 'lebam'. So, kalau memilih buah ini, cukup dengan menilik sekiranya terdapat kawasan yang dimakan ulat dan cium baunya.. Sekiranya baunya harum, itu menandakan buah itu telah masak. Jangan picit-picit buah tu, kang ada yang kena marah dengan penjual buah. Hehe...

Itu saja cerita harumanis. Jangan lepaskan peluang merasainya di Perlis.










Happy blogging!!

6 comments:

syamsiyati said...

tak sempat nak mkn pulut mangga kat perlis..pegi penang,kat tesco jelutung ade...sgt sedap..

Ya ALiya said...
This comment has been removed by the author.
Ya ALiya said...

aduyai....terliur orang mengandung ni....heheheheheh...jauhnyer la kt perlis tu.....

sarahsayangjiman said...

aku tak sempat balik perlis musim ni tapi alhamdulillah rasa jugak 3 kali..mak mertua aku bawak mai...lepas gian!

aanie said...

mcm best je mangga harumanis tu....sy mmg penggemar mangga...dah lama tak makan pulut mangga..

Liza said...

syamsiyati~Berapa harga harumanis kat tesco, Kak Ati?

Ya Alya~alar, kesiannya.... Kena tunggu thn dpn lah pulok..

Sarah~ok lah tu, dpt gak merasa

aanie~mmg best pun aanie....:)