Laksa Kak Su @ Kuala Perlis

Friday, June 17, 2011

Hai, salam hari Jumaat. esok cuti, yeay!!

Sapa peminat laksa utara? Liza minat jugak laksa Johor dan laksa Kelate tapi biasalah, tekak dah terbiasa laksa utara sebab Liza orang Perlis. Memang hantu laksa. So bila balik kampung baru-baru ni, kami singgah di kedai WAJIB setiap kali balik kampung.

LAKSA KAK SU terletak di Kuala Perlis berdekatan dengan Jabatan Imigresen Kuala Perlis. Memang la mak Liza masak lagi sedap tapi rasa laksa di kedai ni boleh lah tahan... Nak makan kat tepi-tepi laut tu, masa kami sampai tengah hari rembang. So, tak dapek lah!.

FB is a good medium for promoting

Sambil menunggu laksa sampai, boleh makan pulut udang. Sedap!


Karipap ni tinggal dua ja Adam makan.

Ni lah laksa Kak Su...

Ni laksa untuk Adam, versi kanak-kanak dia buatkan tak pedas. Adam makan habis semuanya!

Mama dan ayah off course makan licin calat. Cam nak tambah lagi tapi my hubby jeling tajam. haha... So, kalau korang ke Perlis, jangan lupa singgah di sini...

~Nanti nak cerita satu makanan paling BEST kat Perlis!!!~








 

 




3 comments:

syamsiyati said...

best in town...dah lama tak makan..

Ya ALya said...

salam kenal.....sodapnyer.....ya memang hantu laksa.....

Liza said...

Syamsiyati~Kak Ati, sedap kan?

Ya Alya~salam kenal... kita sama2 hantu laksa lah ni..