Japanese House, Bukit Tinggi

Tuesday, October 4, 2011

Japanese House.. Destinasi kedua selepas Colmar Tropicale. Kami ke sana dengan tram yang disediakan. Punyalah kuat angin dan enjin tram tu. Trauma Adam naik tram tu sampai masa nak balik ke Colmar Tropicale tu dia kata dia tak nak naik. Nak naik kereta... Haha..

Sesampai kat sana, tram tu berhenti kat stesen bawah je, tak naik atas pun sebab ada construction kat stesen atas tu. Terkejut gak aku tengok kecuraman bukit tu. Terfikir jap kat situ "Boleh ke aku panjat ni?" huhu....


Nak tak nak, kami gagahkan diri. My MIL pun mula-mula surrender, tak nak naik. Tapi, rugi lah kan, dah datang tak naik.. Ibu mengandung, ibu baru lepas pantang dan ibu kami (MIL) yang berusaha memanjat bukit. 


Ni baru melepasi ujian pertama. Cuba tengok orang kat belakang kami tu.. Siap berpaut lengan tau nak panjat...

Bila nampak air terjun ni, rasa tenang dan hilang penat memanjat tadi. Lagipun, dah dapat aiskrim hilangkan penat.

Beli fish pallete untuk Adam bagi makan ikan-ikan yang kekenyangan tuh. Ada foreigner's daughter duk 'pow' pallete Adam. Nasib Adam tak kedekut. Good boy...

Kat atas boleh tempah Kimono untuk posing-posing tepi pondok dan kolam tu. Tapi tak teringinnya aku nak sewa. Membazir rasa... Kami snap-snap gambar pemandangan kat situ ja.

Sila layang gambar Adam dengan ayah and mama kat bawah :)



My sweet heroes in action

Ntah apa gaya ntah Adam buat tuh. See, besar tak perut mama?

We are in yellow. Ayah tak dapat join yellow sebab dia paling tak suka yellow. Dapat sama dengan burung enggang kat baju ayah pun jadi lar...

W.A.N.I.T.A

New parent..Zuhaira & Shukri.. 

Ni masa atas tram nak balik. Adam diam seribu bahasa waktu ni. Memaut aku sekuat-kuatnya..

Itu jer la cerita ceriti di Bukit Tinggi. 

Balik dari Bukit Tinggi, aku menunggu my BFF datang rumah... Tak sabar nak jumpa sebab lama tak bergosip. Lagipun tak sabar nak tengok perout dia yang sama-sama boyot dengan aku.. :)

5 comments:

Sidratul Muntaha said...

larat lagi ko mendaki?!
huhuh..
mudahan selmat yer..
naper tak sewa kimono?1
baru lawa yang preggy pakai kimono?!
huhuh

Cho Zila said...

teringin nak kesini lagi tapi bila yerk... bestkan sejuk dan mendamaikan hati saja di situ...

ayukhairy said...

ada tram ye...mmm..mcm menarik je ni^_^

syamsiyati said...

bestnye vacation...my god, adore with ur punching tummy cuties...faezah turun kl ye...nnt kl jmp lg kim salam...i'll pray for u both...semoga dipermudahkan semuanya..

Wonderful Life with Mary Kay said...

Sidratul Muntaha~Buang karan ja pakai kimono waktu pegnen2 nih.. Haha.. mesti buruks.

Cho Zila~ best jugak.Tapi xbest kalau p byk2 balik. keke...

ayu~ada tram ke Japanese House. Parking kat Colmar Tropicale jer..

syamsiyati~Haha... Pait mai dari Shah Alam.. TQ for the pray.. InsyaAllah..