Orthodontic Pacifier

Monday, March 12, 2012

Sebut je puting (soother), hati rasa risau. Bila nak wean Azfar from it?

Biar tak sampai sebulan train Azfar dengan puting, tapi sebenarnya bukan atas kerelaan aku. Ini gara-gara Azfar kerap menangis dan 'merap' bila bersama pengasuh. Kesian jugak dengan Azfar pengasuh..So, kami try bagi puting. Itupun setelah tahu adanya orthodontic pacifier.

Korang boleh jenguk camna nak pilih pacifier yang baik untuk pertumbuhan gigi bayi korang kat sini dan sini. Kami beli beberapa jenis pacifier dan cuba satu-persatu. Akhirnya, nampak Azfar selesa dengan jenama AVENT.

Bentuk puting AVENT leper dan tidak mengganggu pertumbuhan gigi bayi....katernyer....

Biarpun begitu, aku tidak akan biarkan lama. Sekarang pun, aku tidak biarkan Azfar bersama puting setiap masa. Biarlah datang beribu produk yang katernyer bagus dan menenteramkan bayi, aku tetap risau dan tak suka...



Kalau pakai ni confirm aku paksa berhentikan Azfar nyonyot. Ngeri tengok gigi tuh..

Apa pendapat ibu-ibu lain yer?

Semakin Pulih

Thursday, March 8, 2012

Hari ni sangat bz coz nak balik kampung malam ni. Ada majlis paling istimewa esok.:)

Dah lama tak kongsi perkembangan eczema Azfar kan?

Azfar masih dirujuk di klinik pakar kulit tapi selepas tidak menampakkan perubahan, kami mencuba rawatan di satu klinik di Bangi. Itupun setelah dimaklumkan oleh Paksu. Anak kawan dia sembuh selepas dirawat di sana. So, kami pun mencuba nasib...

Nama klinik tu Klinik Lee & Surgeri, Klinik Dan Surgeri Lee berdekatan SMK Seri Kembangan. SMK Sri Serdng

Ubat makan  yang diberikan ialah antibiotik dan chlorophetamine (tahan gatal). Dan ada satu krim sapu dalam bekas bulat warna putih. Teringat kisah Hezrina yang membawa Merah ke Melaka tempoh hari...

Kami ragu-ragu kandungan ubat yang diberikan, jadi my hubby bertanya nama ubat tersebut. Rupanya ia adalah Elomet. Krim yang selalu digunakan oleh pesakit eczema, mengandugi diprosone 0.05%.Walaupun ia mengandungi steroid, doktor meyakinkan kami untuk menggunakannya berdasarkan kepada keadaan eczema Azfar yang agak teruk.



Jangan takut menggunakannya tapi haruslah mengikut cara yang betul seperti :

  • menghadkan penggunaannya pada bahagian yang merah atau merengsa 
  • hadkan penggunaannya dua kali sehari
  • letakkan pelembab dahulu sebelum menyapu krim tersebut. 
  • Hentikan penggunaan setelah keadaan eczema (merah) hilang.
Nak lebih jelas? Baca sini dan sini.

Doktor menasihatkan supaya menggunakan krim tersebut hanya pada waktu tertentu. (bila aczema menyerang) Setelah keadaan eczema semakin pulih dan stabil, Azfar boleh menggunakan krim non-steroid yang biasa seperti ezerra.

Krim ezerra sesuai untuk eczema yang normal (mild) sahaja.

Sebelum bertolak ke klinik

Dua hari rawatan telah menampakkan hasil. Nanti Liza kongsi di lain entry kay!

    Untuk cerita dan info berkaitan dengan eczema, Liza suka jalan-jalan lepak sini.

~Jumpa lagi nanti yer. Daa~

Petua Paling Mengarut Untuk Hilangkan Ketumbit

Monday, March 5, 2012

Ketumbit belum hilang daaa...

Dalam mencari-cari ubat dan petua hilangkannya, banyak pula petua yang Liza dapat.

Ni antara petua untuk hilangkan ketumbit :
  • Potong bawang putih dan sapukan pada tempat ketumbit. Akan rasa pedih (nak mampus) tapi kejap je ketumbit akan surut.
  • Campurkan madu dan kapur (sirih tuh.) dan sapukan keliling mata.
  • Ada juga yang bagi petua lagakan belakang sudu dan tembap pada bahagian mata
Tapikan.. ada petua yang pelik dan memualkan dalam menghilangkan ketumbit ni. Aku rasa sangat mengarut dan tak tahu lah di mana rasionalnya. Jadi ofkos lah aku tak akan cuba. Pernah dengar tak?
  • Letak ta*i hidung pada bahagian mata
  • Sapukan air ******* (geli lak nak type kat sini)
Ada juga petua lucu. Hanya dengan kata-kata hikmah dapat hilangkan ketumbit. Yerke?

Katakan saja "Ko sakit mata, aku sakit bontot" Haha. Orang dulu-dulu kata, biar sakit bontot, orang tak nampak. Sakit ketumbit orang nampak dan malu...Tapi kan, my friend dah tukar ayat ni "Ko sakit mata, aku tak mau sakit apa-apa"

Mana satu pilihan aku? Aku pilih untuk letakkan antiboitik, beli di farmasi. Tapi tak hilang pun.... huhu...

~Ni dia ketumbit aku~