Petua Merawat Kencing Kotor (UTI) Secara Tradisional

Sunday, October 6, 2013

Liza ni memang selalu kena kencing kotor waktu pregnant. Terutamanya waktu awal trimester pertama. Boleh baca kat sini info pasal kencing kotor ni. Sakitnya ya Allah.. Rasa macam nak bertapa ja dalam bilik air tu.

Semalam kena lagi. Bila bangun dari tidur ja, rasa macam nak terkencing. Nak tahan pun tak leh tau. Tergedik-gedik larik masuk toilet. Hehe..

So, beli barli dan rebus. Rebus lama-lama sampai dia jadi lembut dan kembang. Liza letak garam sket bagi rasa lemak-lemak. Bancuh dengan air suam dan letak gula sikit. Sedapp!!


Liza suka barli suam ja. 

Hari ni dah hilang sakit. Alhamdulillah... 

Ada petua lain jugak untuk hilangkan kencing kotor ni :
Makan lobak putih buat sup. Aku pernah makan masa nak banyakkan susu untuk Azfar dulu. Pahit2 sket. 

Cranberry juice pun ok kata my friend. Laju gak dia recover. :) 

Minum air masak tu semestinya lah kan. Sebab punca kencing kotor pun salah satu nya ialah kurang minum air masak. Jadi, sila berubah sikap. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. 

Kalau dah sakit jugak, apa lagi. Jumpa doktor amik antibiotik la kawan....

~Ada lagi tak petua lain untuk hilangkan kencing kotor?~





9 comments:

syalinda johari said...

kak liza, TQ petua tu, time pregnant dulu selalu kena, hampir warded..

kakliza, tgk fb smlm, kak masrina masir dok carik kakliza..pi contact dia..

Liza Yati said...

Syalinda-kak liza ada msg dia tp xbeejawab. Huhu..ngada2 taw kak ina tu..

Nad MamaZN said...

Liza preknen ke? ;)

Liza Yati said...

Nad MZ-Belum pregnant la Nad.. hehe.. inshaAllah nanti2. Kalau ada rezeki Allah nak bg, alhamdulillah. :)

Nafira usof said...

Bali tuh memang sedapkan bila tambah gula.. rasa cam makan bubur.. manis2 jer.

Alhamdulillah~ zura x pernah kena lagi air kencing kotor tuh.

Raudzah Z said...

Suka minum Barli liza..tapi mesti yang sejuk..yang suam tak best..he..he

Liza Yati said...

Nafira-ubat yg sesdap dimakan.

Liza Yati said...

Raudhah Z- hurm.. sedap kan?

aanie said...

sy selalu rasa air barli ni mcm air beras...haha...