Restoran Ikan Bakar Lynda, Kuala Perlis

Sunday, November 3, 2013

Selamat menyambut Awal Muharram in advance kepada setiap muslim. Tahun baru ini kita penuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan bermakna buat kita dan keluarga kita. InshaAllah.

Kepulangan ke kampung sempena cuti Deepavali memang dinanti-nantikan. Al maklum la dah lama tak balik kampung. Rindu kampung halaman dan orang-orang di sana.

Tempat yang agak lama kami tak singgah ialah satu restoran di Kuala Perlis. Dulu memang tempat aku meronda-ronda la. Tapi dah bekerja di KL ni, jarang sekali ke sana.

Semalam kami sempat bawak keluarga makan di Restoran Ikan Bakar Lynda 2. Eh kenapa 2? Sebab cawangan kot daripada restoran asal di Medan ikan bakar yang telah dilupuskan. Dah jadi tempat parking bas aku tengok. Kenangan kali pertama dating dengan hubby. Siap bawak adik lelaki Shidi teman masa tu. Masih ingat menu yang hubby order. Nasi goreng seafood dan sotong goreng tepung. Hehe. Tak habis aku makan sepinggan nasi sebab segan (malu) bertemu kali pertama.

Restoran Lynda 2 ni terletak berhampiran dengan Laksa Su Kuala Perlis. Menu utama dia pasti lah ikan bakar. Itu specialty dia. Dan satu lagi yang paling sedap ialah sotong goreng tepung. My hubby sendiri akui sotong goreng tepung paling sedap dia pernah makan. Hover tau!


Harga dia murah. Berbaloi2 kalau nak makan banyak2 dan ramai2 dengan keluarga. 

Sesiapa yang berkunjung ke Perlis tu, singgahlah ke sini. Pasti puas hati.



6 comments:

BM said...

Seronok dapat bercuti pulang kekampug, pergi pula makan di restoren yg menjadi kenangan manis...
Senyum aje le...hehe

Liza Yati said...

BM-bkn aenyum lagi dah. Sengihh dah jadinya.. hehe..

anak Wan Salleh said...

kite pernah makan kat sini.. best! tapi lambat sikit ramainya orang

ANIM said...

liza anak perlis rupanya yer...
tak pernah tau lak medan ikan bakar kat perlis tu.

Liza Yati said...

Anak wan Salleh- mmg ramai sbb antara hitspot kat Perlis.

Liza Yati said...

ANIM- ya kak Anim. Anak jati Perlis