Ada beberapa pilihan untuk dipertimbangkan.
1. Genius Aulad Bandar Kinrara.
Mula-mula kami ke Genius Aulad. Sekolah yang selesa dan silibus tadika yang mementingkan pembacaan al-quran menarik minat aku. Ada dua sesi pagi dan petang. Pagi bermula jam 8.30 am - 12.30pm dan petang bermula jam 1.30 pm - 4.30 pm. Transportation disediakan ke rumah.
Boleh daftar secara online atau terus ke tadika. Atau boleh call untuk pertanyaan lanjut .
Silibus yang disediakan :
- Fun Learning Programme
- Individually Iqra' Progress Record
- Individual Daily Starter Words Reading Record
- Islamic Spiritual development activities
- Free Mentor-Mentee program upon needs analysis
- Advanced IT Interactive white board lessons.
- Maths and Mind-English at ease- Islamic Funworks
Liza suka sebab :
- Ada praktikal solat berjemaah.
- Kelas hafazan guna buku Al-Badar sampai boleh baca Quran.
- Kelas yang sangat selesa.
- Buku yang akan dbeli berdasarkan perkembangan budak. Kalau dah lancar baca, boleh skip level. Jimat gak di sini. :)
- Perkembangan setiap budak direkod dengan sticker.
- Boleh buat pilihan sesi sama ada pagi atau petang. Disebabkan my hubby cuma ada kelas petang, jadi kami boleh jimat duit transit (taska) kalau hantar petang. Maksudnya my hubby jaga Adam sebelah pagi dan petang aku akan amik Adam selepas habis kerja. :))
Cumanya : Tiada daycare disediakan (in case) nak transitkan Adam.
2. Brainy Bunch.
No telefon : 019-2681427 / 019-2718445
Email : bandarkinrara@brainybunch.com
Website : www.brainybunch.com
Menarik sebab ada Enhanced Programmes :
- Swimming
- Gymnastics
- Martial-Arts -karate, taekwondo, Silat
- Standard 1 Prepareation
- Little Scientist
- Mandarin
- Toddler Playground
- Mandarin
- Transit and daycare Services
- After School Tutorial.
3. Tadika Restu Ibu.
Tadika ni menggunakan modul Little Chaliph.
Tel : 017-971 7212 / 03-8070 0956
Email : restuibu.littlecaliphs@gmail.com
Email : restuibu.littlecaliphs@gmail.com
Aku suka sebab :
- Ada daycare.
- Semasa daycare pun, dorang belajar tentang solat dan pendidikan agama.
- Ada belajar hafazan guna ketukan kayu (al.-Baghdadi).
4. Taski ABIM Al-Hidayah.
Tadika ABIM ni beroperasi satu sesi sahaja iaitu sebelah pagi dari 8.00 pagi - 12.00pm dan paling murah antara pilihan-plihan yang ada. Amacam? Bahasa pengantara dia Bahasa Melayu.
Call untuk pertanyaan : 016-9035931 (Cikgu Norhafida)
5. Tadika di Masjid Negara
Tadika ni best jugak sebab :
- Ada daycare sampai 4.30 pm. Senang untuk one stop dari pagi.
- Dekat dengan tempat kerja.
- Murah.
- Pembelajaran asas dan agama disediakan.
Cuma :
- Aku belum amik borang pendaftaran.
- Dan transit dia memang dah full.
- Nampak sangat permintaan sangat tinggi. :(
Jadi, kita tengoklah macam mana nanti yer. Ataupun stay sajalah di sekolah sekarang. Smart Reader Kids. Cumanya, aku kureng suka dia asik menyanyi dan menari jerk. Nak jugak tengok dia ada kemahiran lain. :p Jadi imam muda lak ker~
2 comments:
zura x de info sangat pasal tadika nih.. sebab anak zura hantar tadika kemas masa umur 5 tahun dan hantar ke Pra sekolah umur 6 tahun. hehehe
Nafira-Ada gak cari tadika kemas tp belum jumpa sekitar rumah kami. Huhu.. cam susah ja nak jumpa.
Post a Comment