Kembali ke Zaman Kanak-Kanak dengan Samsung Galaxy Tab 3 Kids

Saturday, November 23, 2013

Assalamualaikum. Salam hujung minggu semua. Zaman kanak-kanak korang macam mana? Rasanya kebanyakan akan kata seronok. Apa tak bestnya? Menjadi kanak-kanak tidak perlu memikirkan masalah negara, atau masalah yang orang dewasa sibuk-sibukkan. Kalau lah dapat diputarkan masa kan....

Memang tak dapat la kan. Jadi mari kita berangan je lah! Bagaimana zaman kanak-kanak yang kita telah lalui.

1. Menyarung uniform sekolah.
Liza pakai baju kurung dari awal cuma tak bertudung la. Darjah empat baru pakai tudung sebab dilantik jadi pengawas sekolah.

2. Alat tulis kita hanya pensil warna merah, pemadam ada huruf dan pembaris 'opaque' warna kuning, merah atau hijau. ;)
Apa pula alat tulis korang? Mesti yang pensil boleh tukar-tukar mata dan kotak pensil bertingkek-tingkek kan.. hehe..

3. Main pemadam masa cikgu belum masuk kelas.
Pernah main tak? Golek-golek pemadam sampai golek atas pemadam lawan?

4. Main BINGO bila balik rumah tok wan.
Bila berkumpul sesama sepupu sepapat, main BINGO ramai-ramai. Tak pun main nama tempat, nama kereta, nama apa lagi yang kita sesuka hati nak letak, ikut pada huruf yang kita pilih. Angkat tangan sapa pernah mainn???

5. Game TV mainan paling hebat masa tu.
Wah, ingat lagi game rambo dan mario. Berebut dengan abang-abang nak main sampai gaduh-gaduh. Bila tak dapat main game tv, kita main police century? Ke hapa nama dia. Yang want to jaga..polis mati pencurik jaga?? Hah? Matikk. Mana la ada gadget-gadget macam zaman sekarang ni. Untong laa bebudak zaman sekarang ni..

Eh eh apsal kenang-kenang barang yang lepas ni? Haha. Ini SAMSUNG GALAXY TAB 3 KIDS MEDIA LAUNCH punya pasallah ni. Mengembalikan nostalgia lama kitew~

Liza telah menghadiri satu sidang media pelancaran gadget SAMSUNG terbaru untuk KIDS!!

Bertempat di Berjaya Times Square.

Sampai di tempat pendaftaran, bersedia untuk buat Student card. Wah wah. Siap ada ID card beb.


Media Launch ni dibuat seolah-oleh kita berada di dalam kelas. Ada cikgu dan ketua kelas.


Ini dia cikgu Suhaimi tengah berleter kat Class Monitor. Comel giler Class Monitor dia. Haha.

Comel jerk Ketua Kelas tengah catat pelajar-pelajar yang buat bising dan ponteng kelas. :p


Ada la student tiga orang. Rupanya dorang tu penari untuk persembahan pembukaan. 


Lincah persembahan budak-budak neh.

Review SAMSUNG GALAXY TAB 3 KIDS oleh tiga orang kuat SAMSUNG.

Inilah orang kuat SAMSUNG. 
Dari kiri :  Mr Vincent Chong, Mr Ng Long Shyang,  dan  Mr Victor Ng.



Aku berpeluang untuk merasai sendiri tablet pertama seumpamanya di Malaysia ni. Kelebihan tablet ni ialah ia ada parental control. Jadi, ibu bapa boleh set masa bila anak-anak boleh main. Siapkan kerja sekolah dulu kalau nak main ken~

Model SAMSUNG kitew~

Lepas review nak buat apa? 

Tiket Theme Park dapat free tapi tadak mood nak main sebab Adam dengan Azfar tak dak. Tak dak mood tak dak mood. Jadik, kita balik je lah. Kehkehkeh.

Bye bye Snowman!


Ini kali pertama dapat pergi pelancaran produk baru. So, I get two new things that day. Experience and friend. Dia bukan blogger. Dia writer of one gadget magazine. :)

Nice to meet you Ira!

"Make new friends but keep the old. Those are silver, these are gold!

~Review SAMSUNG GALAXY TAB 3 KIDS next entry lah yer!~








6 comments:

Aku Penghibur said...

wahh bestnya daapt pergi event2 macam gini ..

Liza Yati said...

Aku penghibur ~new experience utk Liza. Best sbb dpt lihat sendiri pelancaran produk baru.

BM said...

Main yg N0 4 tu...memang nostalgia, terutama main nama, tempat, dll tu. Masa tu rumah pun belum ada letrik, main depan pelita dgn adik beradik...kalau tidak, malam terasa teramatlah panjang.

p/s: Terima kasih bertanya khabar. Alhamdulillah...sihat. Semua sihat. Skrg di kampung. Biasalah ada ketikanya masalah/kesibukan melanda. Insyaallah...cuba memenuhi apa yg terdaya.

anak Wan Salleh said...

nak beli untuk Adam? hehe

Liza Yati said...

Bm-moga semuanya berjalan lancar.

Liza Yati said...

Anak Wan Salleh - kalau nak beli kat Adam kena bagi lps berpuluh requirements. Baru boleh bg reward katanya...