Ada Apa di Lake Garden KL?

Saturday, January 18, 2014

Hurm. Nama aja duk Kay Ell. Lake Gardens tak pernah jejak. Itu untuk my hubby la. Liza pernah la jugak jejak dua tiga kali bawak budak marathon situ. Hehe.. Nasib Liza ajak santai-santai pagi semalam di sana. Lake Gardens in8 sebenarnya Taman Tasik Perdana. Ada apa la kat sana yer?

Tak kenal, maka tak cinta. Banyak aktiviti yang boleh kita buat kat sana bersama anak-anak.

1. Taman permainan yang luas.

Besar kawasan untuk taman permainan kanak-kanak. Peralatan pun bagus dan diselenggara dengan baik kecuali paip air. Puas Adam berkejar-kejaran dengan kawan-kawan baru.


Ni salah satu daripadanya.

2. Bermain kasut roda.

Ada jugak orang sewakan kasut roda sekali dengan khidmat mengajar. Tapi terlupa lak nak belek harga dia sebab cecepat larikan daripada Adam. :p

3. Jogging

Kebanyakan pengunjung yang hadir di sini memilih untuk jogging. Murah dan senang untuk menurunkan berat badan. 

Kalau dah penat jogging, kita tukar senaman lain lak.  

4. Briskwalk. Hehe..
Budak Azfar ni tak bagi mama pegang tangan dia. Tak sabar nak lari laju-laju.

5. Berbasikal

Ada di antara pengunjung yang membawa sendiri basikal dan ada juga yang menggunakan khidmat sewaan. Yang penting, jaga keselamatan masing-masing dengan memakai alat keselamatan sebab kebanyakan kawasan di situ cerun dan berbukit.

4. Berkelah

Kalau ke sana, jangan lupa bawak bekalan. Biarlah sandwich dengan air kopi je pun. Pasti berselera bila suasana menjadi luar biasa. Sesekali, kita alih angin.

Sila perhatikan kulit roti tu. Kami bawak sekali kay utk dimakan bersama jem stoberi. Specially for Azfar. ;)

Sambil makan, sambil menikmati kicauaan burung mahupun serangga hutan. 

Hijau yang menenangkan.

6. Tram.

 Lepas tu, kita pergi naik tram untuk pusing satu taman. Tiket dia dewasa RM2. Kanak-kanak RM1.

Boleh tahan gak pokcik tram ni bawak. Macam nak race gayanya. Layan habis lap sampai menjerit-jerit Adam. (mama).

Antara pemandangan yang sempat kami rakam sepanjang kami di atas tram.




7. Photoshoot pun cantik.

Kalau antoo gambaq macam mama, boleh la amik gambar banyak-banyak kat sini. Warna hijau sekeliling sangat cantik di dalam gambar. 

Acah acah lompat.

Tengok, sapa yang beriya sebenarnya!

Azfar mengikut arahan photographer. Good boy! :p

Another good boy! :D 

8. P tengok Tugu Negara.

Kalau dah sampai Lake Gardens ni, memang dah dekat sangat dah dengan Tugu Negara. Pergi je lah jalan-jalan sana sambil berlaga-laga bahu dengan pelawat asing. Hehehehe.






Ok dah tengah hari. Dah panas untuk jalan-jalan kat luar. Jadi, elok la kita balik. 

Korang yang masih bercuti dua hari tu, boleh la pergi amik angin kat sana. 

Daa.

















11 comments:

Yana Yani said...

macam best aje, nak cuba bawa bebudak p sanalah
tak penah sampai lagi pun sebenarnya =)

p/s-suka tengok gambar, cantik!

Blog Santai said...

Salam hujung minggu ya..

Cho Zila said...

lake garden kl ni taman tasik perdana lerkan... kat situ macam2 derkan...
cantik2 belaka gambar ni semuanya...

Wonderful Life with Mary Kay said...

Yana, best sbb kwsan dia tersgt luas.

Wonderful Life with Mary Kay said...

Raudhah - ya. Tq raudhah.

Wonderful Life with Mary Kay said...

Cho Zila, ya. Taman Tasik Perdana la. Gambar tu ada yg edit kt picsart tu. Tu ug lain saturation color dia. Snap dgn henpon samsung jerk..

Unknown said...

menarik!! tapi zura tak pernah ke KL .. sesat.. huhuhu

Wonderful Life with Mary Kay said...

Nafira - maybe leh guna GPS zura kalau benar2 nak pergi la kan. Tp tempat rekreasi byk skang ni. Asal dapat bersenam keluarkan peluh, tak kira di mana saja.

Sarah Streetwise Mummy said...

sampai ke tugu tu..hehe

aku x pusing pon area taman tu..ada tram rupanya.next time nak naik lah.

Sarah Streetwise Mummy said...

sampai ke tugu tu..hehe

aku x pusing pon area taman tu..ada tram rupanya.next time nak naik lah.

Wonderful Life with Mary Kay said...

Sarah-dekat je tugu dgn lake gardens tu. Aku jakun sbb xpernah p Tugu Negara.