Restoran ZZ ZZ Sup Tulang, Johor Baru

Monday, February 3, 2014

Sempat lagi nak mengupdate blog. Baru je sampai KL dalam kepenatan. Tapi hati berkobar-kobar nak share satu restoran sup tulang yang baru ja muncul kat tv dalam rancangan Supper. Yang Kaka sebagai sebagai hos slumber tuuuuu..

Kami pergi hari pertama sampai di Johor. Kedai dia tersorok sket dan bersebelahan JKR Daerah Johor Baru. Sesiapa yang tahu SMK Aminuddin Baki (sekolah aku praktikum dulu), senang la sket nak cari restoran ni. Selepas nampak je sekolah ni, terus ja. Akan jumpa sebelah kanan jalan. Parking lot dia agak luas.

Tangan gegar la plak. Huhu..

Special dia ialah pada sup tulang dia. Siap ada straw untuk sedut gear box. Wallawei!

Menggiurkan tengok Kaka sedut hari tu. So, bila dah kat depan mata, apalagi?!

Tempat makan dia boleh pilih sama ada nak duduk atas kerusi atau santai-santai dalam pondok kayu.

Selesa la dengan dua hero yang tak pandai duk diam tu. Hehe..

 Harga untuk malam tu sangat murah memandangkan kami order makanan sorang-sorang. RM29.00 saja. Kalau hidang rasanya mahal sket kot.

Kay, sapa jalan-jalan Jay Bee hari ni, singgah la ke sana. :)


6 comments:

Farah Waheda Wahid said...

menarik ni kalau ada kelapangan boleh juga pergi mencuba... ^_^

Unknown said...

wah nampak sedap nie...siap guna straw gi tu...tak pernah lg minum sup guna straw...huhu

Wonderful Life with Mary Kay said...

Farah- cuba lah Farah. Femes tempat ni. Ramai org.

Wonderful Life with Mary Kay said...

Nao Mei- kalau tak pernah, cubalah sekali kat sini cik akak.

ANIM said...

sedut dengan straw tu yg tergoda yati..
kak pernah sedut sumsum tulang kambing di bp, heee...sodap

Blog Santai said...

Sedapnya sup tulang..kita pernah makan sup ekor yang memang sedap tapi punyalah banyak lemak..kita orang bungkus bawak balik, keesokan hari dah almost semua putih..Too much fat..terus tak jadi nak makan!!