Beraya di Langkawi

Monday, August 4, 2014

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan untuk semua muslimin dan muslimat. Belum terlambat untuk Liza ucapkannya memandangkan hari ni baru 8 Syawal.

Pelbagai kisah raya Liza baca dari setiap entri kawan-kawan yang mana mungkin dapat membaca entri ini. Sengaja Liza titipkan jua mengubati kerinduan sendirian.

Kami beraya seperti biasa. Pulang ke kampung halaman dan menziarah saudara mara di kampung. Cuma, pada raya keenam kami ke Langkawi untuk satu majlis pernikahan saudara terdekat. Adik ipar Liza dapat orang Langkawi. ;)

So, kami beraya dan beriya berbelanja di sana.

Menunggu feri di jeti Kuala Perlis.

Bambam mak buyong ni. :p

Azfar teruja tengok laut.

Perjalanan yang singkat namun padat memang memenatkan. 

Kami ke HIG untuk membeli barangan yang memang dah dilistkan awal-awal. Supaya masa dan wang dapat dijimatkan. 

Mereka bersama troli kosong. Hehe...

Habis shopping di sini pun dah nak maghrib. Kami terus ke kedai untuk makan malam dan balik ke homestay.

Homestay kali ni agak cantik. Harga pun berpatutan iaitu di Sri Legend Condominium. 

Esok pagi kami dah mula bersiap sedia untuk ke majlis akad nikah dan kenduri di rumah pengantin perempuan. 



Tahniah pada Zaim dan Min. Semoga bahagia hingga ke Jannatulfirdaus. InshaAllah.

Akhir sekali, sempena bulan mulia ini Liza mohon seribu kemaafan sekiranya ada dosa, khilaf dan apa saja kekasaran atau terguris hati semua pembaca blog ini.Semoga kita sama-sama bermaafan dan memaafkan.


~Salam kosong kosong ya!~









0 comments: