Tempat Menarik untuk Dilawati di Cameron Highland | Part 1

Thursday, September 4, 2014

Kandungan sekarang sudah mencecah 36 minggu. Amat sesuai sekiranya kita banyakkan senaman untuk memudahkan proses bersalin nanti. Jadi, mari kita jalan-jalan memanjat bukit.

Liza memilih Cameron Highland kerana agak lama tidak ke sana. Kali terakhir di sana adalah pada tahun 2007 iaitu selepas akad nikah. ;)

Kami bertolak dari KL pada pukul 8 pagi. Perjalanan lancar melalui Tapah. Dalam masa 3 jam kami sampai ke Tanah Rata. Kami terus ke hotel untuk check in dan keluar semula selepas Zohor. Hotel yang kami pilih berdekatan dengan pasar malam iaitu Hotel Rosa Passadena.

Harga hotel naik sekali ganda di musim cuti ni. Tapi bersyukur, dapat juga bilik walau booking di saat-saat akhir.

Suasana dingin petang itu kerana hujan. Sejukk. Kami jalan-jalan sekitar hotel. Mencari topi dan snow cap. Penat jugak berjalan sehingga akhirnya hujan turun dengan lebatnya. Masing-masing terpaksa berhenti di medan selera berdekatan.
Lawatan kali pertama mereka. Seronok tak sangga sampai melompat. ;)


Okay. Memasing dah dapat topi dan snowcap.

Kemudian, kami ke Kea Farm yang terletak 3.5 km daripada hotel. Kea Farm ni terletak di laluan yang menghala ke Simpang Pulai.

Pelbagai buah dan sayur segar dijual dengan harga yang murah. Gila den memborong ubi. Boleh terus memborong makanan jeruk kering kerana di sini harganya agak murah. Ada strawberi kering, kiwi, peria, jambu dan macam-macam yang tak diduga. Haha.

Azfar dengan Adam beli madu jerk. Hehe..

Saat balik semula ke hotel, beginilah keadaannya. Jemmm. 2 jam di dalam kereta untuk perjalanan balik 3.5km. Wahh!! Masak!

Jadi, inilah kerja kami melepaskan tekanan. Hahaha. Azfar dah letih masa ni. Layan tido!


Berhenti kejap kat stoberi ni. Mengenang gambar yang pernah diambil semasa datang bersama suami sebelum ini.

Sampai di hotel dah Maghrib. Jadi, kami terus cari makanan untuk dinner. Kata orang, kalau ke CH, tak sah kalau tak cuba steamboat. Tak sah tu maksudnya terbatal percutian. *kahkahkah*. Jadi baik kami cari steamboat sekitar hotel. Paling penting, cari yang ada sijil Halal Jakim. 

Akhirnya, kami pilih untuk ke De' La Fern Hotel. RM30 per nett. Tapi bukan buffet la. Minimum order untuk dua orang. 

Inilah dia. Nampak macam sikit tapi akhirnya gagal dihabiskan oleh empat orang. Huhu. 

Adam siap merungut "Habislaa Adam kali ni. Perut kembung sangat." ;)

Memang kenyang sangat-sangat. Ok jugak la. Suasana malam tu sejuk sampai menggigil-gigil. Nasib meja di luar penuh. Jadi kami makan di dalam. Tidak la sesejuk di luar.

Balik dari situ, kami meredah jem lagi untuk ke hotel. Penatnya.. kena la hadap kalau nak bercuti di Cameron musim-musim cuti sekolah ni. 

Sampai di hotel, kami terus ke Pasar Malam Brinchang. Dah lewat masa ni tapi hati masih mahu mencari cendawan goreng segar dan stoberi coklat. Gigih melangkah walau perut dan mata dah terasa berat.

Setelah dapat apa yang diinginkan, kami naik ke hotel. Esoklah kita sambung lawatan kita. Badan sudah penat.

Dingin malam melenakan aku dan semua yang ada. 











0 comments: