Tempat Menarik untuk Dilawati di Cameron Highland | Part 2

Sunday, September 7, 2014

Segarnya pagi-pagi di Cameron. Tapi kalau duk kat sana bosan pulak nanti. ;) Jadi kena la bersyukur duduk di KL walau selalu jem dan jerebu.

Pagi-pagi kami bangun untuk melawat Pasar tani Brinchang. Sebenarnya, tapak yang sama dengan pasar malam tapi dah pagi, orang panggil pasar tani la kan..

Jangan lepaskan peluang merasai dingin pagi di Cameron Highland. Bangun awal dan nikmatinya!



Bunga segar yang dijual di sini. Boleh simpan sampai dua tahun taww! ;)

Beli madu lagi. Suka betul anak-anak aku ni dengan madu. Anak je suka yer. Mak dia berperang nanti kalau kata suka 'madu'. :/

Di pasar tani, aku memborong sayur-sayuran segar. Murahnya. 7 bungkus untuk RM10. Boleh pilih mana-mana jenis sayur. Jangan lepaskan peluang untuk membeli oren Cameron dan Jambu Cameron. Dan pastikan makan di sana. Kerana rasanya menjadi tawar apabila turun. Kucuba masukkan ke dalam peti dan makan ketika sejuk. Waah, manis semula. Ajaibnya ciptaanmu ya Allah.

Pulang semula ke hotel untuk bersarapan dan kami mula mengemas untuk bertolak keluar dari hotel. Tempat yang kami akan lawati selepas ini semuanya menghala ke Tanah Rata dan turun melalu Tapah untuk balik ke KL.

Dua beradik yang dah puas mandi kolam (tub). Agaknya, dalam banyak-banyak aktviti di sini, mandi kolam paling mereka ingati. Seronok sekali bermain berdua. 

Tempat persinggahan pertama ialah ke Big Red Strawberry Farm. Dekat je daripada hotel, dalam 1.5 km. Ia ladang kepunyaan MARDI. Ladang ni terletak di kawasan berbukit. Boleh parking di atas bukit. Jadi, tak perlu berpenat jalan kaki dari bawah. Tapi, kalau nak kuruskan badan boleh la jalan kaki. Ada ladang sayur-sayuran, kaktus dan strawberi. Kebanyakan sayur-sayuran ditanam secara hidroponik di sini.

Tempat mainan ni ada kat mana-mana saja. Haish!

Dua budak ni lari sana sini kat sini. Mama tengok je le. Dah tak larat nak kejar. huhu..

Pemandangan dari atas bukit. 

Ada kedai menjual makanan yang dihasilkan daripada strawberry. Daripada scone, aiskrim, waffle, jeruk kering, dan macam-macam lagi lah. Tapi, aku cuma borong strawberi segar kiriman kawan-kawan. Melopong orang di belakang tengok aku memborong.

"Semua ni awak punya ka?' Ya aku balas.

Antara terkejut dan geram aku rasa sebab pekerja aka cashier tu akan packing pesanan kita on the spot. Memang nampak dia amik dari tray strawberi yang baru dipungut. Fresh dari ladang! Sepaket RM5. Disebabkan aku memborong lebih RM150, bayangkan berapa lama pengunjung lain menunggu di belakang. huhu.. Mahap laa... 


Destinasi seterusnya ialah Bharat Tea Plantation.

Terletak di pertengahan perjalanan turun dari Cameron Highland. Ada dua tujuan kami ke sini. 
  • Mengambil gambar pemandangan ladang teh yang nun terbentang saujana mata memandang
  • Merasai air teh dan scone di Tea House.


Aku masih gigih turun ke ladang walau perut terasa berat mengikut graviti. Semata-mata ingin mengambil gambar kenangan bersama mereka yang tersayang.

Aku menunggu di atas sementara anak-anak berkejaran di bawah bersama ayah mereka.

Nampak macam sejuk tak? Jangan tertipu dengan sarung tangan dan snowcap Adam kerana waktu ini, matahari tengah memancar tegak di atas kepala. hehehehe..

Di Tea House, kami beratur panjang untuk menikmati scones. Itu lah wishlist mama semasa mengandung kali ni. Mengada-ngada tul baby ni tau. ;)

RM12 per set. Mama cari blueberry scone tak dak. So, amik je la original flavor. Satu je pun aku telan. Yang lain, dihabiskan oleh mereka-mereka. Rasa tak ummmph sebenarnya scone kat sini. huhu..

Bun sosej yang Adam makan jugak yang sedap. Lembut giler roti dia. Tapi sayang, satu je ada. Kena la mengalah dengan Adam.

Pilihan teh yang ada pelbagai perisa pun kehabisan stok. Kami hanya dapat peach tea. Agaknya, terlalu ramai pengunjung haritu. Almaklum la, bukan sahaja cuti sekolah, tapi juga cuti umum sempena Hari Kemerdekaan yg ke-57. Memang bersusun manusia di sana. 

Perjalanan turun membawa kami ke satu perhentian atau gerai orang asli. Kami nak makan durian hutan. Kami juga mencari buah tampoi yang dah lama tak makan. Jarang sekali jumpa di KL. 

Lebih nikmat kalau makan di situ. Kalau buruk, harga tidak dikira. Tak juga busuk kereta seanjang jalan.

Kenyang sudah perut. Kami meneruskan perjalanan pulang ke KL.

Itu sahaja corat-coret perjalanan kami ke Cameron Highland. InshaAllah, lawatan seterusnya disusuli bersama-sama baby baru. :)








0 comments: