Primaland Resort and Convention Centre

Tuesday, September 23, 2014

Assalamualaikum. I am here again. Masih membawa kandungan berusia 39 minggu. Hoho..

Dan sempat lagi menghabiskan masa-masa 'terluang' bersama keluarga di Primaland Resort. Sebenarnya, ini kali ketiga kami ke sini. Kali pertama ialah semasa tempat ini masih lagi dinamakan sebagai Tiara Beach Resort.  Kali kedua, pergi masa family day ofis hubby. So, Primaland Resort ni dia rename di bawah pengurusan baru.

Keluarga Liza just bermalam dua hari di sana. Sedangkan Liza bermalam sejak hari Jumaat lagi disebabkan tugas rasmi. Jadi, alang-alang weekend di sana, Liza booking satu bilik studio suite untuk family. Sebenarnya, risau jugak kalau baby dalam perut ni jadik orang nogori. So, kalau ada family di sisi, rasa lebih tenang melaksanakan tugas.

Macam biasa, harga bilik korang boleh check kat website dia sendiri. Tiket water park akan diberikan percuma untuk dua sesi bila kita tempah bilik. Dua sesi tu bermakna petang kita check in dan pagi kita nak check out.

Bilik dia agak luas dan selesa. 

Kali ni kami dapat bilik yang mengadap water park and ada balkoni. So, memang teruja lebih la Adam and Azfar. Hehe.. tak sabar sabar nak turun mandi.

Perut yang memboyot giler.

Yang bestnya, my mom ada sekali dengan kami kali ni.

Sampai-sampai ja, terus kena pakaikan baju renang. Huhu..

Pemandangan daripada balkoni.

Aktiviti seterusnya, apa lagi. Mandi kolam.

Basically, ada empat kolam berbeza konsep. Ada kolam untuk kanak-kanak besar Azfar. Cetek dan banyak slide yang slow. Ada jugak kolam besar untuk mak ayah berendam sekali. Kolam renang dan ada kolam untuk kanak-kanak sebesar Adam main. 

Kolam ni sesuai untuk kanak-kanak sebaya Azfar dan Adam. 

Tidak sesuai untuk si boyot seperti mama. Haha.

Nenek lah peneman Azfar ke sana sini. Hehe..

Adam rilek je layan slide sorang-sorang. 

So, korang main lah sepuas-puasnya semua slide yang ada kat sana. Lewat petang akan ada aktiviti atau game untuk kanak-kanak dan orang dewasa. 

Adam join bola beracun versi kanak-kanak bawah 12 tahun.

Dari sebeasar-besar bulatan.

Hingga sekecil-kecil bulatan. Tapi tak dak rezeki Adam. Sipi je lagi nak jadi pemenang top 3. Hehe.. at least he is very confident. Well done dear!

Water park tutup jam 7 malam dan sesi kedua kami sambung esoknya. 

Pukul 9 pagi, Adam dan Azfar dan terpacak kat bawah. Main air sampai lebam!!


Kami naik bilik pukul 12.30 pm dan bersiap untuk check out. 

Adam dan Azfar yang kepenatan terus tertonggeng atas katil sebelum bertolak balik lagi.

Satu percutian yang menyeronokkan sebelum menyambut kelahiran ahli baru.

:))







0 comments: