Senarai Akhir Peserta GA Liza

Tuesday, January 28, 2014



Pada 27 Januari 2014, berakhirlah sudah giveaway "Count The Books Giveaway" Liza. Terima kasih pada semua yang telah menyertai, menyokong dan sentiasa membantu mempromosikan GA ini. Macam -macam ragam peserta bersama jawapan masing-masing. Ada yang jawab bersahaja. Ada jugak yang siap kelaskan ikut kategori. Wahh. Terharu kay! Apa-apa pun, pasti akan ada pemenang utama dengan jawapan paling tepat.
INILAH DIA PESERTA GIVEAWAY LIZA :
1. Kisah Si DIary - 153
2. Mama_kaOri - 127
3. Raudhah Z - 185
4. Aisha Fauzi - 145
7. Sukma Haron - 147
9. me.ronazil.ab - 150
11. me - 150
12. Fiza Rahman - 156
13. Muzai Samilan - 150
14. Mizz Aiza - 145
15. Miss Fifi - 166
16. Mawar Berduri -155
17. are'na - 125
18. nana kimie -  158
19. Diyana Wan - 135
20. Syuhada Salleh - 156
21. Suana Zhar - 159
22. Yumida Huda - 168
23. miraYANI - 157 or 158 ??
24. shahida rahim - 85
25. Lylla Azhar - 132

Kalau ada yang tertinggal bagitau Liza kay. Esok Liza akan umumkan pemenangnya. 
Harap bersabar!! 








Jom Join "Count The Books Giveaway"!

Monday, January 27, 2014

::STICKY POST::

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni Liza rasa nak buat giveaway untuk blog Life As Mama Liza. Satu giveaway yang simple ja. So, ini dia..


Ikuti syarat yang mudah :
  1. Follow blog Life As Mama Liza.
  2. Buat satu entri ringkas berkaitan dengan giveaway ini.
  3. Masukkan Life As Mama Liza dalam bloglist blog korang.
  4. Kira bilangan SEMUA BUKU dan MAJALAH di rak secara tepat dan tinggalkan jawapan tersebut di ruangan komen di bawah bersama url entri anda. (Jawapan semua peserta akan diterbitkan di akhir tarikh penyertaan).

Hadiah menarik menanti korang!!


Seorang pemenang yang menjawab dengan TEPAT akan mendapat ni. 

(1 Quart Sauce Pan and Cover) :

  • Easy to use as .... 1,2,3
  • Start cooking on medium to low heat
  • Check the ThermoKnob
  • Observe temperature until finish cooking


Tiga pemenang tambahan akan menerima hadiah saguhati daripada produk Philips AVENT.


Giveaway ini bermula hari ini, 
27 November 2013 ~ 27 Disember 2013.  27 January 2014

Jom support dan meriahkan giveaway Liza. The more the merrier!

Update :
Keputusan akhir adalah muktamad.

Sekiranya terdapat jawapan yang sama dalam pemilihan pemenang, penganjur akan mengambil kira penyertaan yang dihantar lebih awal.


Penafian : Philips Avent bukan penaja untuk giveaway ini.








Ada Apa di Lake Garden KL?

Saturday, January 18, 2014

Hurm. Nama aja duk Kay Ell. Lake Gardens tak pernah jejak. Itu untuk my hubby la. Liza pernah la jugak jejak dua tiga kali bawak budak marathon situ. Hehe.. Nasib Liza ajak santai-santai pagi semalam di sana. Lake Gardens in8 sebenarnya Taman Tasik Perdana. Ada apa la kat sana yer?

Tak kenal, maka tak cinta. Banyak aktiviti yang boleh kita buat kat sana bersama anak-anak.

1. Taman permainan yang luas.

Besar kawasan untuk taman permainan kanak-kanak. Peralatan pun bagus dan diselenggara dengan baik kecuali paip air. Puas Adam berkejar-kejaran dengan kawan-kawan baru.


Ni salah satu daripadanya.

2. Bermain kasut roda.

Ada jugak orang sewakan kasut roda sekali dengan khidmat mengajar. Tapi terlupa lak nak belek harga dia sebab cecepat larikan daripada Adam. :p

3. Jogging

Kebanyakan pengunjung yang hadir di sini memilih untuk jogging. Murah dan senang untuk menurunkan berat badan. 

Kalau dah penat jogging, kita tukar senaman lain lak.  

4. Briskwalk. Hehe..
Budak Azfar ni tak bagi mama pegang tangan dia. Tak sabar nak lari laju-laju.

5. Berbasikal

Ada di antara pengunjung yang membawa sendiri basikal dan ada juga yang menggunakan khidmat sewaan. Yang penting, jaga keselamatan masing-masing dengan memakai alat keselamatan sebab kebanyakan kawasan di situ cerun dan berbukit.

4. Berkelah

Kalau ke sana, jangan lupa bawak bekalan. Biarlah sandwich dengan air kopi je pun. Pasti berselera bila suasana menjadi luar biasa. Sesekali, kita alih angin.

Sila perhatikan kulit roti tu. Kami bawak sekali kay utk dimakan bersama jem stoberi. Specially for Azfar. ;)

Sambil makan, sambil menikmati kicauaan burung mahupun serangga hutan. 

Hijau yang menenangkan.

6. Tram.

 Lepas tu, kita pergi naik tram untuk pusing satu taman. Tiket dia dewasa RM2. Kanak-kanak RM1.

Boleh tahan gak pokcik tram ni bawak. Macam nak race gayanya. Layan habis lap sampai menjerit-jerit Adam. (mama).

Antara pemandangan yang sempat kami rakam sepanjang kami di atas tram.




7. Photoshoot pun cantik.

Kalau antoo gambaq macam mama, boleh la amik gambar banyak-banyak kat sini. Warna hijau sekeliling sangat cantik di dalam gambar. 

Acah acah lompat.

Tengok, sapa yang beriya sebenarnya!

Azfar mengikut arahan photographer. Good boy! :p

Another good boy! :D 

8. P tengok Tugu Negara.

Kalau dah sampai Lake Gardens ni, memang dah dekat sangat dah dengan Tugu Negara. Pergi je lah jalan-jalan sana sambil berlaga-laga bahu dengan pelawat asing. Hehehehe.






Ok dah tengah hari. Dah panas untuk jalan-jalan kat luar. Jadi, elok la kita balik. 

Korang yang masih bercuti dua hari tu, boleh la pergi amik angin kat sana. 

Daa.


Buat Sendiri Playdoh

Thursday, January 16, 2014

Hi. Sihat semua?

Ada ke orang makan playdoh? Budak-budak la yang selalu telan sebab warna dia selalunya menyelerakan tekak. Warna-warni. Owh, bahaya kay kalau tertelan.

Jadi, apa kata kita buat sendiri playdoh paling selamat. Kalau tertelan pun, masih selamat. Malah, lemak-lemak gitu rasanya. Hehehhe... Tapi kalau dah golek-golek, jangan la makan lak. Bukan nak suh makan. Nak suh main je yer adik-adik.



Jom ikut cara yang mudah ni.

1. Letakkan sedikit air dalam mangkuk.

2. Masukkan satu sudu minyak.

3. 1 sudu kecik garam halus.

4. Letak pewarna sket. Liza amik warna biru dan kuning terang.

5. Masukkan tepung gandum sket sket sampai tak melekat pada tangan. Macam uli doh karipap tu..

6. Simpan di dalam bekas kedap. Siap!!

7. Boleh main tanpa rasa was-was.

Lolipop Adam dan bunga hati mama.

~Selamat mencuba!~00