4 Sling Bag Pattern Paling Popular

Monday, February 22, 2016



Sling bag adalah salah satu jenis beg tangan yang paling digemari ramai wanita terutama sekali mereka yang aktif. Apa yang membezakan koleksi sling bag dengan beg tangan wanita yang lain adalah rekaan beg yang bertali panjang untuk dipakai secara bersilang pada bahu si pemakai. Selain mudah untuk dibawa, beg ini juga diakui paling selamat dipakai terutama sekali untuk mengelakkan daripada kes-kes ragut yang kini semakin menjadi-jadi. Oleh itu, untuk entri kali ini kita akan membincangkan mengenai 4 rekaan atau sling bag pattern yang paling popular dan digemari ramai wanita;

Structured Sling Bag
Untuk pattern atau rekaan sling bag yang pertama ini biasanya sering dipakai oleh wanita yang lebih menggemari beg bersaiz besar dan mempunyai banyak barangan peribadi untuk dibawa kemana-mana.

Clutch Sling Bag
Clutch Sling Bag sering kelihatan digayakan oleh wanita yang ingin menghadiri majlis-majlis istimewa kerana rekaannya yang lebih eksklusif dan kecil.

Bucket Sling Bag
Rekaan ketiga adalah koleksi bucket bag yang lebih spacious dan diilhamkan daripada rekaan baldi atau bucket. Beg ini juga boleh memuatkan banyak barangan peribadi anda.

Flap Sling Bag

Dan yang terakhir ini adalah rekaan ‘evergreen’ sling bag dan juga merupakan pattern sling bag yang paling mudah untuk anda temui di pasaran. Sama seperti clutch sling bag, ia juga bersaiz agak kecil.

2 comments:

ayukhairy said...

Suka clutch sling bag..simple je

LYAfrina said...

cantik..lya sdri pon suka pkai sling bag..sng nk bergerak..