Sling bag adalah salah satu jenis beg
tangan yang paling digemari ramai wanita terutama sekali mereka yang aktif. Apa
yang membezakan koleksi sling bag dengan beg tangan wanita yang lain adalah
rekaan beg yang bertali panjang untuk dipakai secara bersilang pada bahu si
pemakai. Selain mudah untuk dibawa, beg ini juga diakui paling selamat dipakai
terutama sekali untuk mengelakkan daripada kes-kes ragut yang kini semakin
menjadi-jadi. Oleh itu, untuk entri kali ini kita akan membincangkan mengenai 4
rekaan atau sling bag pattern yang paling popular dan digemari
ramai wanita;
Structured Sling Bag
Untuk pattern atau rekaan sling bag yang pertama ini biasanya sering
dipakai oleh wanita yang lebih menggemari beg bersaiz besar dan mempunyai
banyak barangan peribadi untuk dibawa kemana-mana.
Clutch Sling Bag
Clutch Sling Bag sering kelihatan digayakan oleh wanita yang ingin
menghadiri majlis-majlis istimewa kerana rekaannya yang lebih eksklusif dan
kecil.
Bucket Sling Bag
Rekaan ketiga adalah koleksi bucket bag yang lebih spacious dan diilhamkan
daripada rekaan baldi atau bucket. Beg ini juga boleh memuatkan banyak barangan
peribadi anda.
Flap Sling Bag
Dan yang terakhir ini adalah rekaan
‘evergreen’ sling bag dan juga merupakan pattern sling bag yang paling mudah
untuk anda temui di pasaran. Sama seperti clutch sling bag, ia juga bersaiz
agak kecil.
2 comments:
Suka clutch sling bag..simple je
cantik..lya sdri pon suka pkai sling bag..sng nk bergerak..
Post a Comment