Event yang Sama Pada Tahun Berlainan

Sunday, April 29, 2018

Assalamualaikum. Hari tu Liza attend majlis appresiasi. Wah, perkataan baru kan? BI ke BM. Alhamdulillah, di saat kedukaan Allah datangkan kegembiraan. Just husnuzon. Jangan kita plak hilang daripada rahmat Allah. Itu yang paling ditakuti.

Last entry Liza kata nak share special event apa kan? Actually I attended for Majlis Anugerah Perkhidmatan Kecemerlangan (APC) 2017. Unexpected as I just two years teaching at current school. But, just remember that rezeki Allah tak pernah salah alamat kan? Alhamdulillah.

Me with my Boss and all friends who attended Majlis APC 2017 di AIMST University.

Menunggu giliran naik pentas. Kami dapat Sidang 1 yang disampaikan oleh YB Tajul Urus.

Selepas majlis, kami bergambar bersama Ketua Sektor Pengurusan Akdemik, JPN Kedah.

Bila belek-belek balik gambar tiga tahun lepas di majlis yang sama, baru Liza perasan satu perbezaan. Eh dulu, muka langsung tarak mekap. Haha...

With my BFF Izzah at Majlis APC 2015 di KL. Masa ni perasaan gembira tak terkata sebab dapat berjumpa dengan kawan-kawan sekolah lama semula. As I just transfered to Kulim at that time.

Ada memori masa ni. Semasa persembahan, my ex-student menyanyi di pentas. Ingat lagi dia pada kami. Budak yang baik dan cute di zaman sekolah dulu. Satu-satunya pelajar yang kasik hadiah tudung kat cikgu pada Hari Guru. Paham-paham je lah sekolah lelaki ni, boleh kira ja yang tak segan kasik hadiah kat cikgu depan-depan. Tunjuk macholah konon. Tapi Adhwa ni bagus, tak segan. 

Majlis yang sama, tahun berbeza. Ada nampak perbezaan ke? Mestilah ada. 







Betul, semakin tua dan kedut. Kekekekeke...

K lah, tu saja nak share entry santai-santai. Lama tak coret pasal life sendiri kat sini. Rinduuuuu..








0 comments: