Sedang ralit membuat tugasan, hati meronta untuk menulis entri ini..... :p
Beberapa hari lepas, selepas pulang dari kampung beraya, saya dan suami menghabiskan masa bersama melayari internet, membaca kisah dan liku hidup manusia.
Kami terlekat pada satu blog ni yang asalnya terjumpa apabila menggoogle sesuatu..
Ralit kami habiskan satu persatu ayat dalam blognya. Kisah Kereta Merah Makcik Supiah dan Gambar di dinding Rumah Mak Cik Supiah. membuatkan kami melekat di depan lappy.
"Bestnya penulisan dia ni"
"Gaya bahasa dia penuh sastera. Penuh makna dan pengisian"
Hampir sejam kami menyelami kisah-kisah hidupnya, baru kami perasan entri itu ditulis dalam tahun 2006.
"Huh? Lamanya....."
Saat kami tekan pada entri 2011 pada blognya, baru kami sedar yang dia sudah berkahwin dan punya dua orang cahaya mata. Embun dan Kekwa.
Terus lagi kami baca penulisan-penulisan terbaru. Tapi itupun sudah lama, tahun 2011. Dia tak lagi menulis? Sayangnya......Tiba-tiba aku jadi seperti mengikut setia blog Nafastari. Kenapa baru sekarang baru terjumpa? Namun... Seketika kemudian, kami terpandang pada satu entri yang membuatkan kami terkejut.
Rupa-rupanya, penulis sudah tiada lagi. Dia telah pergi buat selamanya..
Sedih, pilu...seperti menyelami setiap perasaan itu di hati ini... Takkan dapat lagi membaca entri-entri terbaru.
Namun, kami dapati ada kesinambungannya. Mawar Nafastari telah menyambung semula kisah Embun dan Kekwa. Dan akulah peminat setia Mawar Nafastari selepas ini. Kali pertama aku terjumpa template blog yang sama dengan blog aku :)
Dia menyedarkan aku bahawa dunia hanya sementara. Hidup mati di tangan Allah. Tiada sedikit pun waktu dianjakkan tatkala ajal datang menjemput. Walau di usia muda, itu bukan syarat untuk tidak mati.
Juga menyedarkan aku bahawa sayangi mereka sementara masih ada.. Nafastari membahagiakan keluarganya dan tiada satupun yang tidak menyenangi mereka. Baik, sangat baik, membahgiakan....(moga dia ditempatkan bersama-sama orang yang beriman)
"
Showing posts with label sadness. Show all posts
Showing posts with label sadness. Show all posts
Universal Studio's Tickets Sold Out??
Friday, December 24, 2010
Semalam yang indah, dah ku uar-uarkan nak ke Universal Studio 27 Dec ni... Tup-tup rasa macam tak dapat pergi jer? Semalam kan baru start goolge....(tu la, org suh srvey awal2, duk blogging jer..) Bila nak order tiket secara online, dia kata sold out! Arghh!! Bengangnya!! Tak tau plak tiket boleh sold out. Kat Genting, Tambun tak pulak sold out. Hari-hari jual pa.. Senang jer nak dapat?!
Huh. Down down down sekarang ni. Rasa cam tak best, nak jerit arghhh.. Tapi kata my hubby, jgn tension2.. Banyak lagi tempat untuk dilawati.. Tapi, objektif asalnyer USS.....
Sekarang mind set dah kata no more USS tapi hopefully, ada seorang mak cik atau pakcik yang tiba-tiba rasa nak jual tiket dia kat kami dan kami boleh masuk. Yeay!!! Hopefully.........................
Cuba korang kecikkkan mata tengok, semua pakej dah SOLD OUT
Huh. Down down down sekarang ni. Rasa cam tak best, nak jerit arghhh.. Tapi kata my hubby, jgn tension2.. Banyak lagi tempat untuk dilawati.. Tapi, objektif asalnyer USS.....
Ke sebenarnya ada limit untuk online booking? Ke sebenarnya kita still boleh dapat walk in ticket bila beli direct kat sana? Ke sebenarnya aku tersalah tempat booking? Adoi!
Sekarang mind set dah kata no more USS tapi hopefully, ada seorang mak cik atau pakcik yang tiba-tiba rasa nak jual tiket dia kat kami dan kami boleh masuk. Yeay!!! Hopefully.........................
Subscribe to:
Posts (Atom)
