Hypoallergenic (HA) Formula For Eczema

Thursday, May 10, 2012

Formula Hypoallergenik (HA) dirumus khas untuk mencegah penyakit alahan pada bayi dan kanak-kanak. Ia dirumus daripada susu lembu, di mana protein susu telah diolah supaya sesuai dengan kebanyakan bayi.

Selalunya, rumusan HA ini dicadangkan untuk bayi yang mengalami keadaan alahan (asthma, eczema, alah pada makanan).

Jenis-jenis rumusan HA:

  • Separuh hidrolisis
  • Hidrolisis ekstensif
  • Bebas amino asid

Proses hidrolisis ini telah memecahkan rantaian protein menjadi lebih mudah untuk dihadamkan, bebas asid amino.

Kos:

Walau jauh lebih mahal daripada rumusan susu biasa, tetapi ia sangat membantu mencegah alahan pada kulit Azfar. Ada yang memberikan rumusan HA ini setelah bayi tidak lagi menyusu susuibu. Walau bagaimanapun, Liza masih tetap menyusukan Azfar dengan meminimakan pengambilan protein daripada haiwan seperti ayam dan daging.

Berbincang dengan doktor:

Sebelum ni kami berikan Azfar susu berasaskan soya (Isomil). Tetapi, poo poo dia keras sehingga kami berjumpa pakar kanak-kanak. Doktor menyarankan kami untuk menukarkan susu soya kepada rumusan HA kerana Azfar bukan lah 'lactose intolerance', cuma cow's milk intolerance. Dan ia berhasil untuk Azfar. (tak semua bayi sesuai dengan HA).. Jadi, cuba dan cubalah di pasaran mana satu yang paling memuaskan hati..
Paling penting, periksa simptom-simptom alahan dan kesan-kesan lain seperti muntah atau sakit perut. 
Azfar cuba Enfalac HA ni. Sangat sedap hingga dia tolak susu mama. So, kami tukar..
Update : Harga pada tin tu telah diletakkan salah oleh peniaga. Harga sebenar susu Enfalac HA sekarang ialah RM102.90. Makkk aii!
Currently, dia minum susu HA ni. Rasanya agak pahit. Kenapa ya?
~Susuibu adalah pilihan terbaik untuk bayi~

*Penafian : Penulis bukanlah pakar laktasi. Segala rumusan yang dibuat adalah daripada pembacaan dan pengalaman sendiri. Ia mungkin berbeza kepada situasi dan orang lain*




5 comments:

NiaRania said...

mak ai liza, rm70,900gm! kopaak den! ;) azfar eczema eh,hmm,same la dgn my eldest son,Umar..tp alhamdulillah laa,xde alahan susu lembu..liza sapu cream apa kat die? boleh cuba Aqua Cream,bl di farmasi.so far its works on my son..

Wonderful Life with Mary Kay said...

NiaRania~Aquous cream? Memang tak mkn saman sangat dgn dia, Zatul. Dia pakai emulsifying cream, then baru Elomet cream. Mkan ubat thn gatal (2 jenis)... Eczema dia agak teruk...

Afiqah euyumi said...

Dekat mne boley beli dusu enfalac ha tu ye

Wonderful Life with Mary Kay said...

Saya beli di Kedai Sensei. Kedai ubat Cina selalu murah berbanding supermarket

Loco Roco said...

Assalamualaikum,

Post ni dah lama... maaf ye.. nak tanya, anak puan masih lagi eczema...? Dia alah susu lembu kan...? Sekarang masih alah lagi...? Anak saya pun tak boleh dengan susu lembu, bila consume or kena kulit, akan jadi merah, bengkak and gatal... not only susu, daging lembu pun tak boleh... dah rujuk dengan pakar, not one but many, they said, sometimes it will go sometimes it won’t...