Bebas Steroid!

Saturday, November 3, 2012

Owh, bukan pil steroid atau penyalahgunaan steroid. Ini steroid yang ada dalam sesetengah krim ekzema seperti hydrocort dan Elomet. Mulai bulan lepas, aku mula menukar krim untuk Azfar kepada krim bebas steroid (steroid free) kerana rata-rata tahu kesan jangka panjang steroid kepada kanak-kanak kan?

Produk pertama yang kami cuba dan masih cuba ialah Moo Goo.

My hubby beli kat Penang dan dapat discount. Murah sket la RM160.00

Ada :
MooGoo Wash - untuk sabun semasa mandi
MooGoo Irritate Skin Balm-untuk letak kat kawasan yang merah, infected
MooGoo Soothing Cream- untuk melembabkan kulit
MooGoo Udder Cream- untuk additioanl melembabkan kulit.

Mungkin baru guna, jadi tak nampak lagi kesannya. Cuma aku perasan kulit Azfar semakin kering berbanding dengan sebelum ni, semasa dia pakai Emulsifying Ointment yang dibekalkan oleh PPUM. Jadi, saya gunakan MooGoo ni sekali dengan ointmet. Maksudnya, selepas saya sapu Irritate cream, saya akan sapu ointment untuk melembapkan semula kulit Azfar.

Semasa temujanji minggu lepas, sekali lagi doktor bagi preskripsi baru yang bebas steroid. Saya tengah mencari kerana sangat susah mencari di farmasi-farmasi kecil.


Physiogel AI sangat susah nak jumpa kerana ia merupakan bahan kawalan. Doktor pun ada bagitau saya untuk dapatkannya di UMSC (private centre) sebab akan mengalami kesukaran untuk mencari di farmasi biasa. Benarlah! Sampai hari ni saya belum jumpa walau dah bertanya di beberpa farmasi. Agaknya, kena la ambil masa jugak untuk ke UMSC minggu depan (nasib juga dah mula cuti).

Ada yang pernah guna krim-krim ni? Berkesan tak?



6 comments:

CatlinaFly said...

salam liza..sy tgh guna dan sedang guna :) guna sejak bulan 8 ari tu..alhamdulillah ade perubahan pada kulit e-ein dan adik dia aisy(aisy ada mild eczema ).e-ein lak, dah kurg eczema tapi kulit dia fragile, mudah jadi kasar dan gatal2..:)so far bila pakai, nmpk perubahan kulit jadi lembut dan gebu...best je pegang kulit budak2 ni

ninieZUERYANNIE said...

liza, Qairn mmg ekzema.. aritu terlupa coklat kan ade susu lembu.. dia mntak2, bg ckit je.. effect dia, gatal2 terus selsema batuk dmm & SEMPUT! tobat dh x nak bagi bnda2 mengarut.. tp so far pakai physiogel mmg ok..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

liza, smlm ila g tengok umah.. umah ila dah kunci..ila masuk sampai pintu depan je.. tak dapat nak masuk. sbb dah siap so developer takut barang dalam umah hilang kot.. cuba masuk umah jiran2 pun berkunci hihi .. umah ila warna kelabu

Cho Zila said...

usahakanlah yang terbaik untuknyakan.. akak ada kawan yang anaknyer ekzema.. memang penjagaannyer lebih sikit..

Wonderful Life with Mary Kay said...

Cat~tu la.. dgr2 cam bagus tp susahnya nak cari. huhu...

ninie~ninie, mmg asal ada susu skim tu akan allergik la sbb susu tepung kan... Liza dah jadi habit. Beli makanan apa, check ingediant.

Baby~Tak lama lagi la tu nak dpt kunci. Bestnya Ila~

Cho Zila~Tenkiu ChoZila..

Hidayah Zulkefli said...

saya ada guna krim and ubat kat klinik pakar kulit di Kuala Terengganu. Memang berkesan berbanding klinik lain dan hospital spcialist di Terengganu.
Just sharing. TQ