Five-Star Treatment From Mayvin Seeneevassen : Adakah ia Benar?

Saturday, May 26, 2012

Hari tu aku ada terima email berkaitan peradaan Reader's Digest. Teruja jugak lah memandangkan Grand Prize dia ialah sebuah kereta Peugeot.

Masa ni memang teringat cam closer to the Grand Prize dah. haha..

Sampai last step nak subscribe Reader's Digest, baru teringat nak check kat Google. Ini yang aku dapat!


Huh. Hampeh. Aku dah malas nak layan email-email contest ni. Tapi kadang-kadang aku isik gak kalau tak kuar modal tuh. hehe.. Modal tak nak kuar, tapi bajet asik nak menang.. :p

Hari ni aku dapat satu lagi surat. Baca memang macam best. Tapi, aku nak tau benarkah peraduan tu? Kalau ada sesiapa yang menerima surat yang sama dengan aku ni, share2 la kat sini. Aku takut kena tipu jerk.

Liza Yati tu pun dah cam mencurigakan. Tapi camna dia boleh dapat alamat penuh aku yer?

Ini hadiah yang ditawarkan. 

Owh, memang peraduan ni ada kaitan dengan Reader's Digest. Adakah semua ini benar???

Hadiah ini ditawarkan oleh syarikat Mayvin Seeneevassen. Aku try carik maklumat berkaitan. Ini antara yang aku dapat di linkedin.com 

Sesiapa pun boleh create akaun dan buat macam-macam cerita kan? Sesiapa pun boleh claim sebagai pemenang. Tapi, kalau la ada sesiapa yang benar-benar antara pemenang peraduan ni, bagitau la. Alang-alang nak melanggan Reader's Digest, boleh la join.. (kalau benar ia benar)

~Ila, nak tiru cam Ila pun rasa cam tak terkejar... huhu.. Banyak pakai modal sebenarnya kan?~




Hypoallergenic (HA) Formula For Eczema

Thursday, May 10, 2012

Formula Hypoallergenik (HA) dirumus khas untuk mencegah penyakit alahan pada bayi dan kanak-kanak. Ia dirumus daripada susu lembu, di mana protein susu telah diolah supaya sesuai dengan kebanyakan bayi.

Selalunya, rumusan HA ini dicadangkan untuk bayi yang mengalami keadaan alahan (asthma, eczema, alah pada makanan).

Jenis-jenis rumusan HA:

  • Separuh hidrolisis
  • Hidrolisis ekstensif
  • Bebas amino asid

Proses hidrolisis ini telah memecahkan rantaian protein menjadi lebih mudah untuk dihadamkan, bebas asid amino.

Kos:

Walau jauh lebih mahal daripada rumusan susu biasa, tetapi ia sangat membantu mencegah alahan pada kulit Azfar. Ada yang memberikan rumusan HA ini setelah bayi tidak lagi menyusu susuibu. Walau bagaimanapun, Liza masih tetap menyusukan Azfar dengan meminimakan pengambilan protein daripada haiwan seperti ayam dan daging.

Berbincang dengan doktor:

Sebelum ni kami berikan Azfar susu berasaskan soya (Isomil). Tetapi, poo poo dia keras sehingga kami berjumpa pakar kanak-kanak. Doktor menyarankan kami untuk menukarkan susu soya kepada rumusan HA kerana Azfar bukan lah 'lactose intolerance', cuma cow's milk intolerance. Dan ia berhasil untuk Azfar. (tak semua bayi sesuai dengan HA).. Jadi, cuba dan cubalah di pasaran mana satu yang paling memuaskan hati..
Paling penting, periksa simptom-simptom alahan dan kesan-kesan lain seperti muntah atau sakit perut. 
Azfar cuba Enfalac HA ni. Sangat sedap hingga dia tolak susu mama. So, kami tukar..
Update : Harga pada tin tu telah diletakkan salah oleh peniaga. Harga sebenar susu Enfalac HA sekarang ialah RM102.90. Makkk aii!
Currently, dia minum susu HA ni. Rasanya agak pahit. Kenapa ya?
~Susuibu adalah pilihan terbaik untuk bayi~

*Penafian : Penulis bukanlah pakar laktasi. Segala rumusan yang dibuat adalah daripada pembacaan dan pengalaman sendiri. Ia mungkin berbeza kepada situasi dan orang lain*




Half Day Trip To Fraser's Hill

Monday, May 7, 2012

Short day trip to Fraser Hills on last weekend made me so tense.. Neway, thank you darling! :p

Bukan tension sebab tak hargainya, tapi sebab jalan yang berliku-liku ke sana... Owh, baru kutahu langit tinggi rendah. Tengok kat blog Cute Mum cam sangat happening, tapi rupanya aku yang pening. haha...

Kami bertolak awal pagi sebab nak rasa kedinginan angin di sana. So, seawal pukul 7.00 pagi dah keluar. Perjalanan dari KL ke Kuala Kubu Bharu pun dah mengambil masa sejam lebih. Untuk mendaki Bukit Fraser belum dikira lagi. Lama jugak la kami melalui jalan berliku-liku ke atas nun. Pukul 11.00 baru kami tiba di sana.

Adam la yang seronok bila nampak taman permainan. Berlari sana sini dengan kawan baru yang tiba-tiba jadi kawan rapat. huhu......Masa ni hujan renyai-renyai. Aku layan bihun goreng bekal kat bawah pondok sambil menikmati udara dingin. Owh.....sangat sejuk......... Feeling-feeling oversea kejap. Ayah layan Adam main kat playground. Lepas tu kami cuma jalan-jalan ke perkarangna Clock Tower. Macam tak tau nak p mana. Ada jugak terserempak dengan kaki-kaki foto kat bangunan-bangunan Inggeris tu. Aku terbayang kalau lah aku yang jadi modelnya.... Arh.. tinggi sungguh impian kan? Tapi nak buat camna, 'photographer aku' tak senang nak snap.. :/ Teringat nak pi Paddock naik kuda. Sekali, tutup awal hari Sabtu. Kecewa giler!! So, dah rasa cam tak de menda nak pergi, kami pun turun balik. Masa turun baru pukul 2.00 petang. Masa turun, aku yang drive untuk kurangkan pening kepala.. Jalan naik dan turun sehala sahaja sehingga sampai ke dataran rata..

Gambar pun tak banyak snap. Jurugambar minta payment lebey hari tu, tu yang tak de gambar tuh :p

So, just enjoy a few pictures!!







Camna kalau nak naik kuda lagi? 

Aku cam rela cari tempat lain jerk. hehe...

~At least dapat snap gambar Azfar yang senyum tu sebab susah tau nak tengok dia senyum :) ~