Ujian Kesakitan Buat Azfar

Sunday, July 14, 2013

Assalamualaikum.  Selamat berpuasa. Asal sahur ja ada entri baru. Kena update pagi-pagi sebab nanti memang dah buat kerja lain. Moga amalan kita bertambah hari ni.

Pagi ni teringat nak kongsi kisah Azfar lagi. Azfar memang anak yang kuat bagi Liza kerana setiap kali diuji kesakitan dia masih boleh bermain, ceria dan tak meragam. Cuma kadang-kala, mungkin kesakitan tak dapat ditahan lagi, dia akan merengek. Daya tahan badan dia tak kuat, doktor kata.

Disebabkan Azfar memang ada allergi sejak lahir, jadi ujian kesakitan itu tidak pernah lekang dalam hidupnya. Kesian Azfar. Baru-baru ni, dia kena bisul. Bisul luar biasa kerana saiz yang besar dan timbul bukan satu tapi tiga di kakinya. Alhamdulillah, adik ipar dan mak mertua ada menjaga Azfar di kampung. Terima kasih semua. Aku bertuah punya mereka dalam hidupku. Terharu apatah lagi adik ipar sanggup menyambung penjagaan di KL. Dialah babysitter Azfar selama 3 minggu. Thanks Zalina.

Bisul naik di tiga tempat di kaki Azfar.

Bisul yang baru pecah. Masa ni aku di KL sementara Azfar dijaga maksu dan tok di Kedah.

YaAllah, di saat Azfar kesakitan dan aku keseorangan di sini, mereka ada membantu aku. Aku memang tak dapat menahan perasaan setiap kali memikirkan bahawa aku ada mereka semua. Syukur dipanjatkan kerana menakdirkan mereka untukku. Tak terbalas segala.

Minggu terakhir zalina di KL. Azfar pun dah sihat masa ni. Lihatlah betapa cerianya dorang bersama maksu. :)

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Dan daripada satu perkahwinan tu akan wujudnya persaudaraan. 

Sehingga kini aku terus berdoa agar Azfar akan terus sihat dan penyakit alahan yang dialaminya akan sembuh suatu hari nanti. Apayah lagi dia semakin besar sekarang. Pandai meminta apa saja yang kami makan dan merajuk bila apa yang diminta tak diberikan padanya. 

~Kepada Allah aku bermohon dan menyerah~

6 comments:

Cho Zila said...

pasti dia anak hebat yang dirahmati... moga dia mampu hidup bebas dari itu semuakan... ala mak su ... mst diaorang rindu...

Liza Othman said...

semoga Allah pelihara Azfar dari segala kemudaratan..semoga sentiasa tabah

BinMuhammad said...

Salam,
Kesiannya tgok sampai 3 bisul tu. Memang xdpt bayangkan, memang sakit tu. Tapi Azfar ni cukup kuatlah...Insyallah, dia akan membesar dgn sihat.

Wonderful Life with Mary Kay said...

IshaAllah ChoZila..

Wonderful Life with Mary Kay said...

Liza-Ameen

Wonderful Life with Mary Kay said...

BM-inshaAllah. Terima kasih atas du'a itu.