Posing atas katil
Alahai, cam manja lah tu gaya Adam tuh..
Johor Bahru merupakan tempat aku belajar dahulu. Menyusuri dari Kota Tinggi ke Johor Bahru bak mengutip kenangan-kenangan silam bersama kawan-kawan, sahabat-sahabat dan teman di UTM, Skudai. Melalui Stulang, CS, Angsana dan Skudai Parade seperti tergambar satu persatu perjalanan sebagai seorang pelajar. Campus Life aku dari 2000 - 2004.
Teringat bagaimana pada zaman bergelar pelajar, aku bersama kawan-kawan, Liza dan Kak Zul akan menaiki bas untuk ke Skudai Parade, Angsana mahupun CS kerana itu saja pengangkutan yang kami ada. Menyusuri bawah jambatan sebelum ke Angsana mengundang bahaya sebenarnya. Banyak mat pit aka penagih yang lepak di bawah jambatan tapi kami pasrah. Kalau naik teksi, mau 2,3 ringgit beza...
Seronok mengenang zaman itu. Kalau ke Stulang, pasti pergi bersama kawan-kawan sekolah. Kawan-kawan, ingat tak zaman itu?
Kalau nak lepak Restoran Aliff atau Payung (area Sri Puteri), pasti Pait menjadi teman skuter. Pernah sekali, aku hantar Pait ke Sri Puteri yang hendak pulang ke kampung, aku yang bawa moto dia tu, jatuh lubang punya besaq Ya Rabbi, depan Hotel Kelana, nasib baik tak eksiden. Almaklum la, penunggang tak bertauliah yang bawak.. haha.... Nasib tak jadik apa skuter Pait (eh, skuter Pait ke Nana punya ar...) :)
Rindu lah kawan-kawan woih...
Masa kami melintasi UTM, aku minta my hubby singgah sekejap di sana. Harap-harap Pak Guard tak la strict sangat minta matrik card.. (Eh, rupanya dah lain la entrance UTM. Dah diubah ke depan roundabout).. Kami lalu di situ, lepas. YES!!! Sampai di pintu gerbang, tiada PAk Guard di situ. YES! YES!! Terus menuju ke Kolej Tu Fatimah, asrama aku ler..... Rindunya.... Sebelum sampai ke situ, my hubby sempat melencong ke Pusat Kesihatan UTM. Mungkin dia nak kutip kenangan di sana jugak... Mula la keluar cerita lama..
"Abang selalu mai sini, asyik injured jer masa dulu. Siap ada kawan hantar masa kaki injured, masuk wad..." Waah, aku tak pernah tau pun. Baiknya kawan abang tu yer? (Nada jeles!)
Then, baru la kami masuk KTF. Aku menginap di asrama dari Tahun Satu sampai habis belajar lah, kiranya....
Aku minta my hubby snap tempat yang pernah aku tangkap 10 tahun dulu.. Dekat cendawan ni..
Kat pondok menunggu depan Dewan Belian
Ni kat pintu masuk KTF.
H04, blok asrama pertama aku duduk. Masa Tahun satu, aku roomate dengan Norazliza.(Liza gak) sebab tu classmate panggil aku Yati termasuklah Mat Jiwa (my hubby).
Ni lah pondok pertemuan aku dengan Mat Jiwa. Bukan berjanji tapi Mat Jiwa buat-buat terserempak dengan Yati...Dulu-dulu parking motor ni adalah gerai majalah / suratkhabar...
MSI dan PSZ..
Ni Tingkat 2 PSZ... Aku selalu study sorang-sorang kat sini, siang dan malam.
Ada kenangan di sini :)
Hah, dah selesai mengenang kisah silam. Petang tu, kami ke rumah kawan my hubby kat Pulai Indah (Jipang dan Seri). Cantik sangat rumah kat sana... Waaahh, dah la deco dorang cantik sangat. Siap ada pondok rehat kat luar.... Masa ni Kawan my hubby offer untuk tanya tiket USS kat sepupu dia. Mula la aku brharap. Tapi, malangnya, sepupu dia pun ckp tiket dah sold out.. Kecewa kali kedua....
~Akhirnya, kami hampir pasrah.. No more USS this time. Maybe next time?~
4 comments:
eh eh utm gak ekkk ..alkisah nye heheh
mmg mengimbau kenangan lama betul ni..sakan amik gambar..jeles okey!
Eli~a'ah.. UTM yer. Kita serupa...... :)
alahai liza..maknannya tak de la g USS ye...mmm, tak pe la..next time kay..btw, encemnya adam..
Ayu, next time lah kot.. Tapi sempat la sampai tapak dia. Jadi lah,kan? :(
Post a Comment