Panduan Memilih Tadika Untuk Anak-Anak

Saturday, December 25, 2010

Assalamualaikum...
 
Saat kawan-kawan membaca entri ini, pasti saya dalam perjalanan ke Kota Tinggi atau JB. Doakan keselamatan saya sekeluarga yer.
Tahun depan Adam akan memulakan kehidupan sebagai pelajar. kekeke. Pelajar di sebuah tadika. Sebagai permulaan, aku tidak berapa memilih tadika. Walaubagaimana pun, masih mengikut panduan untuk memilih tadika terbaik untuk Adam.
Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh dikongsi mengikut Bawang Goreng : 
1.Mesti berdaftar

Anda kena pastikan taska/tadika ada lesen dan pernah mengikuti kursus
anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taska dan pusat jagaan mesti berdaftar
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tadika pula dengan Jabatan
Pelajaran.

Amat mendukacitakan apabila diketahui sehingga kini 80% taska masih
beroperasi secara haram dan gagal mendaftarkan operasi mereka dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Malahan ada pemilik taska yang mengemukakan lesen
palsu demi mengaut keuntungan.

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) merupakan suatu akta untuk
mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman
asuhan kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya iaitu
memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang
memerlukan perkhidmatan taska semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Selain
itu, akta ini juga mewajibkan pendaftaran taska yang mempunyai lebih
daripada 9 orang kanak-kanak di bawah usia 4 tahun. Apa yang penting akta
ini digubal untuk memastikan hak kanak-kanak dilindungi, iaitu dari segi
perkembangan, kebersihan dan keselamatan.

2. Berjumpa, bersemuka dan berbincang dengan pengusaha/penyelia

Hasil daripada perbincangan itu, anda akan dapat melihat dan menilai sendiri
bahawa pengusaha/penyelia taska/tabika itu mengetahui sedikit sebanyak
mengenai tata cara, peraturan dan penjagaan anak-anak.

Pastikan pengusaha/penyelia itu seorang yang mesra, peramah dan penyayang.
Daripada situ juga anda boleh menilai sama ada dia mempunyai pengalaman,
terlatih, minat pada tugas dan ikhlas. Jika dia suka kerja itu, maka
anak-anak kita akan gembira. Keikhlasan, pengalaman dan pendedahan latihan
sangat penting.

Perhatikan juga siapa yang bakal mengasuh/mengajar anak anda. Pastikan
pakaian dan akhlaqnya. Ini amatlah penting! INGAT! Selain ibu bapa menjadi
pendidik utama, pengasuh juga merupakan tangan pertama yang akan menentukan
masa depan kanak-kanak. Anda perlu ada ‘bonding’ dengan pengasuh anak anda.
Jangan lupa ambil nombor telefon dan sekali-sekala anda boleh bertanya
tentang anak anda dan perkembangannya.

3. Keselamatan

Perhatikan tahap keselamatan di tempat jagaan tersebut. Pagar mestilah
sentiasa berkunci, ada tangga kecemasan untuk rumah dua tingkat. Perlu
diingatkan, hanya rumah banglo dan corner lot sahaja yang dibenarkan untuk
menubuhkan taska/tabika. Intermediate house adalah dilarang.
 
4 – Kebersihan dan Penyediaan Makanan

Anda boleh bertanya tentang makanan yang disediakan oleh taska/tabika.
Makanan yang disediakan mestilah yang berkhasiat. Anda boleh minta izin
melihat keadaan kelas dan melihat dapur. Pastikan ia dalam keadaan bersih
dan memuaskan.
 
5. Bayaran Yuran

Anda perlu bertanya dengan sejelas-jelasnya dan kalau memungkinkan boleh
tawar-menawar jika yurannya terlalu mahal. Buat perbandingan dengan pusat
jagaan lain. Tanyakan juga bayaran lebih masa jika anda terlambat mengambil
anak.
 
6. Program

Pastikan pusat jagaan mempunyai program tersusun supaya anak-anak mendapat
pengisian mental, jiwa dan emosi sewajarnya. Anda yang membayar pusat
jagaan, anda mempunyai hak untuk mengetahui apa yang diajarkan kepada anak
anda.

Tahukah anda, sebenarnya, setiap anak tidak kira usia ada program pengisian
walaupun ia cuma seorang bayi. Setiap individu yang memilih kerjaya sebagai
pengasuh taska/tabika harus mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK).
Mereka perlu membuat Lesson Plan/Rancangan Mengajar. Ini adalah guideline
dan peraturan JKM yang telah ditetapkan untuk setiap pengusaha Taska/Tabika.
 
7. Fardu ain

Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini
amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di
sekolah tersebut. Ada tadika dan pusat jagaan menawarkan pembelajaran fardu
ain. Bagaimanapun, anda perlu pastikan bagaimana mereka menekankan kegiatan
amali mengambil wuduk dan solat.
 
8. Takaful

Pastikan pusat jagaan mempunyai insurans takaful.
 
9. Kegiatan membabitkan ibu bapa

Adakah mereka menggalakkan kegiatan seumpama ini?
 
10. Peraturan taska/tadika/pusat jagaan

Pastikan pusat jagaan mempunyai peraturan dan simpan satu salinannya.

11. Keceriaan

Pastikan suasana riang dan ceria di sekitarannya. Suasana banyak faktor
penggalak pengembangan minda anak-anak.

Bagi anak yang berumur empat tahun ke atas, menghantar anak ke taska boleh
menggalakkan perkembangan minda anak-anak di tahap ini kerana konsep bermain
sambil belajarnya yang lebih bebas dan sesuai pada tahap usia ini.
 
11.Bayaran balik

Anda perlu bertanya mengenai bayaran yang telah dibayar jika bertukar
fikiran sebelum habis sebulan anak dihantar ke situ. Bolehkah anda dapatkan
sebahagian bayaran balik daripada yuran yang dibayar? Ramai ibu bapa tertipu
dalam perkara ini.
 
12. Tawakal

Senyum selalu, banyak berdoa dan tawakal. Insya-Allah, semua masalah boleh
diatasi.
Moga info ini amat berguna untuk anda yang ingin menghantar anak-anak ke tadika.




  

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ohhhhhhhhhhh ila lum buat citer lagi pengalaman memilih taska..dulu penah nak buat tapi lupaaaaaa

Wonderful Life with Mary Kay said...

Tak pa ila, masih ada masa untuk sesi 2011. :)