Friday, December 31, 2010

Sentosa Resort World, Singapore

Assalamualaikum... Hari ni cuti. Best la korang. Liza kena datang keja jugak, nak kemas lab.. huhu.... Ni menyempat gak blogging kejap. kekeke....

Tak sempat nak sambung cerita percutian kami ari tu. Ni baru nak cerita pengalaman berjalan di Kota Singa. Owhh.. Mak Ai. Mencabar gilers! Teruskan membaca yer.

Kami bertolak dari JB dalam pukul 8.00 pagi, ke Larkin untuk ambil bas. Setelah tukar mata wang dan buat 'White Form', kami naik bas 170. Di sini cabaran kami bermula....

Dalam bas, Adam dah mula nak minta nenen. alahai, Adam.. Ingatkan dah jalan-jalan ni lupa nenen. Rupanya, asal duduk je atas riba mama, terus ketagih. So, dalam bas tu mama nenenkan Adam, sembunyi-sembunyi kat tepi tingkap...

Kami melalui prosedur biasa di sempadan, then sampai la kat Stesen MRT Kranji. Masa nak beli tiket ke Harbourfront, Adam minta lagi nak nenen. Bayangkan tadak tempat duduk kat situ. Pujuk-pujuk, kami naik MRT..

Dalam MRT Adam asyik kacau orang. Pegang kuku, rambut orang.. Siap ada yang menjeling tajam lagi. Sungguh tak selesa. Bila Adam meragam teruk, kami terus keluar MRT. Waktu ni Allah jer yang tau. Dalam hati terdetik, susahnya naik public transport... Ada lah beberapa kali aku nenenkan Adam sebelum sampai ke Stesen Sentosa. Kami amik bas ke Sentosa Resort. Bayar SGM10 (tambang bas + admission fee Sentosa Resort). Fuh, lega!
Adam request nak tangkap gambar kat lion nih..

 Rasa cam nak cubit jer pipi budak ni.. yang selalu jer kreatif cari 'pasal'.. haha... Ni masa sampai kat Harbourfront.

Sampai di Imbiah Station, Adam tertidur..... Kami ambil bas Blue Line (free) untuk ke Imbiah Lookout. Disebabkan Adam tidur, aku dukung dia. Tak bestnya rasa sebab kalau tak, Adam boleh main kat sungai-sungai kecik, jalan-jalan kat Merlion Walk dan tengok pemandangan Singapura kat Imbiah Lookout...
Ni kat Merlion Walk.. Geli aku tengok ular panjang-panjang kat sini..

Ni Adam baru bangun tidur... mamai lagi

The letter O...

Adam dah mula naik syeikh. Nak main air kolam

Adam always 'good' with ayah

Lepas ni, kami terus ke naik monorail untuk ke Waterfront, where se can meet The Universal Studio Theme Park...




    


5 comments:

MummyEcha said...

tak tahula bila dpt jejakkan kaki kat kota singa nie...huhuhuu..

mencabar tul yer kalu naik public transport....

sarahsayangjiman said...

aku paling salute public transport spore.
walaupon sampai nangeh2 la aku berjalan kat tunnel mrt tu sebab sakit kaki..hahaha..tu lawwak gila..siap bukak kasut ni..at least tak terputus la public transport dia kalo nak pi mana2.

ayu said...

hehe..mmg mencabar kan naik public transpot kat sana..huhu, lagi2 bila bawa anak kan..

Liza said...

Mummy Echa~Echa, kami pi pun kira cam destinasi bajet jer....

Sarah~Mai, mmg btl skali! Aku setuju! Nasib aku pakai sport shoes...

Ayu~sgt mencabar. Jauh nak menapak+Adam yg pjg akal..

Anonymous said...

comel je adam...pandai sungguh dia posing...;p