Tak de jalan-jalan sangat. Cuma kami ke Taman Tamadun-Tamadun Islam. Terdapat replika-replika masjid dari seluruh negara.
Kami jalan-jalan sekitar taman guna tram nih...
Antara replika masjid yang terdapat di sini.
Adam dah tak nak tangkap gambar ramai-ramai. Nak sorang-sorang je, haish!
Tengok la, eksyen tul anak mama nih.. Tak nak tangkap gambar sekali. huhu..beriya mama dengan ayah nih ha.
Sukanya tengok pemandangan kat sini... Tenang...
My SIL, Kak Yana. (Boleh rasa perasaan menjadi adik walau sebenaqnya aku yang lebih tua.. hihi)
Ni dah mula gambaq merapu. haha... Can you see someone over there?
Misi menyelamatkan Spiderman
Satu-satunya gambar mereka berdua. tu pun candid. Tak leh dekat langsung, ada jer yang nak digaduhkan. Haish, cam anjing ngan kucing.
Penat jalan-jalan, kita relax dulu di pondok istirahat..
Kami dengan my mom kat Masjid Kul Sharif, Kazan, Rusia. (konon)
Sebenarnya, aku tak puas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Bayaran masuk RM 15.00 iaitu RM 3.00 untuk makan dan RM 2.00 untuk cenderahati aku anggap sebagai mahal dengan tahap kebersihan yang amatlah mendukacitakan. Aku yang mengalami masalah kerap kencing ni terpaksa berlari-lari mencari tandas yang baik. (asyik diselenggara mahupun tiada air). Makanan yang kami makan di cafe tidak memuaskan. Laksa seperi tidak dicelur dan ice blended tawaq habiaq (bagus jugak untuk kesihatan kan?)
Perkhidmatan yang disediakan di dalam kawasan taman seperti tram, permainan ala-ala Fun Fair perlu dibayar secara berasingan. Walau ada promosi percuma untuk lawatan kali kedua, agak-agak ada tak orang akan datang lagi dalam masa setahun? (luput dalam tempoh setahun). Cuma, kalau ada yang ingin bertandang ke sana, bolehlah hulur-hulur pasport kawan-kawan yang dah pergi tuh.. hehe...
Bilik tayangan tidak diselenggara. Bau masyam karpet ketika kusyuk menonton dokumentari yang disediakan.
Kupon cenderahati wajib dibeli di kedai cenderahati. Apa salahnya kalau kupon tu boleh digunakan juga di gerai-gerai luar. Ni strategi PAKSA BELI..sebab harga barangan yang dijual di luar kedai cenderahati jauh lebih murah. Haish... Nak tak nak kena lah mencari-cari jugak barang untuk tebus kupon.
Atau mungkin kami ke sana silap masa dan keadaannya? Ntah lah... Tapi bagi aku, perlu ada tindakan susulan sekiranya ingin mengekalkan kualiti perkhidmatan yang baik.
~Malam ni nak cabut lucky draw untuk kawan-kawan yer~
4 comments:
wahh.. smpai k trg...
lya x reti jln kat kt tu, mmg sesat & x knl jln.
lya pnah msuk skali. tp just kat luar tu j. x msuk kt dlm tu..
akak ni name je orang trg...tp siyes tak penah sampai taman tamadun islam ni...bandar kuala trg pun dah bertahun tak jejak...sian kan?
tgok spec liza baru teringat bulan ne nak beli speclah hehe
Lya~berjalan2 ke rumah abang sebenarnya....
Syamsiyati~basalah kak ati, kalau duk dekat, tak pergi yer..
Baby~Ila, nak beli spek apa? Ila, tak dpt nak buka la blog Ila. dah rindu ni nak baca entri2 kat sana... huhu
Post a Comment