Kencing Kotor Ketika Mengandung

Friday, April 1, 2011

Kencing kotor sering terjadi pada wanita mengandung kerana tekanan yang berlaku pada struktur pundi kencing akibat dari rahim yang membesar.Akibatnya kencing tidak dapat keluar dengan sempurna menyebabkan ia bertakung dan kuman pula senang membiak.


Sesetengah wanita tidak merasa apa-apa jika masalah ini berlaku tetapi sesetengah pula mungkin menghadapi tanda-tanda seperti :
  • Rasa berdenyut atau sakit di kawasan ari-ari
  • Kerap membuang air kecil
  • Kencing yang berwarna keruh atau berdarah
  • Rasa sakit setiap kali buang air kecil
  • Tidak boleh menahan diri dari membuang air kecil.
Jika kuman telah membiak  dan merebak naik dari pundi kencing ke ginjal atau buah pinggang, jangkitan ini boleh menjadi lebih serius. Ia boleh menyebabkan berlakunya komplikasi pada bayi.

Inilah masalah yang sering dihadapi aku ketika mengandung. Kali pertama dulu juga terjadi semasa mengandungkan Adam. Kali ni menyerang ketika kami bercuti di Terengganu tempoh hari. Daripada niat nak shopping sutera dan batik kat Pasar Payang terus bertukar tragedi berkampung di Klinik Bersalin. Huhu...

Waktu ni tak der feel nak shopping sebab perut sakit yang amat. Mak aku jer yang beriya memilih.... Masa ni Adam tengah happy sebab baru jejak kasih setelah berpisah selama sejam dengan mama.

                               Nangis celah kain cari mama... Kesiannya...

 Disebabkan aku dah tak tahan sakit and masa aku 'pee', aku ternampak darah, aku ajak suami ke klinik. Cuak gak waktu ni. Takut apa-apa terjadi...

Nasib ada klinik yang dibuka 24 jam. Kami tengok waiting list, mak ai panjangnya! Siap ada pesakit yang balik dulu then datang balik lepas Maghrib. So, rezeki kami la lepas tu. Boleh siap awal sket.

                       
                    Kami tunggu kat luar klinik jer sebab Q panjang kat dalam.

Doktor berikan ubat sakit perut, antibiotik dan bekalan asid folik. Hm.. Alhamdulillah semakin pulih sekarang walau masih kerap kencing. Pesanan doktor, minum air masak secukupnya, sekurang-kurangnya enam gelas sehari. Itu lah kelemahanku, tapi demi menjaga diri dan baby, akan kugigihkan diri sendiri. Chaiyok!!

                                        ~Korang pernah kena kencing kotor?~







7 comments:

MummyEcha said...

liza,
saya pun dulu mengandung kerap gak kena kencing kotor nie..solutionnyer minum air bali...clean lepas minum air bali...nanti liza cuba minum air bali...aper pun take care yer :D

Liza said...

Tu la, Liza ada try minum gak. TQ yer.. Skang ni dah ok.. :)

alam.maya said...

Liza, xtau lak aku pasai kencing kotor nie..but so far aku xdak la ade pape simptom yg pelik2, cuma keruh tu ada la..memang org preggy slalu kene ek..?macamana nk detect?

Liza said...

alam.maya~kalau ang rsa sakit masa kencing atau lebih kerap kencing, maybe kena kencing kotor lah tu. kalao tak sakit, xlah kot. Aku pi check klinik, then dr akan test air kencing.

Zahirah Alia said...

Saya skrg nie gah alami lah...seksenyer...awal hamil huhu

Liza Othman said...

kencing kotor ni sama yg disebut UTI tu kan?
masa pregnant Husna/Aliff takde kene tapi masa Ammar ade kena. Cuma simptom lain (takde sakit masa kencing/kerap kencing/berdarah ke etc). Masa tu dok muntah 24jam & demam.Doktor soh buat urine test and die kata mmg UTI. Dapat antibiotik & kena masuk air sebab dah dehydrate

MamaZie said...

assalam..mmg sakit ni biasa terjadi buat ibu2 yg preggy. Kena selalu minum air kosong ..dlm 8 gelas sehari..