Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Makanan yang Mengandungi Estrogen

Friday, March 29, 2013

Sambungan daripada entri sebelum ni, liza kongsikan antara contoh makanan yang mempunyai kandunan estrogen. mungkin boleh diambil dan dijadikan rutin. :)

Beberapa contoh termasuk :
  • Kacang Soya, 
  • Tauge,
  • Alfalfa, 
  • Benih Jintan Manis
  • Epal, 
  • Yis Roti, 
  • Barli,
  • Bit,
  • Lobak Merah, 
  • Buah Ceri,
  • Kacang Kuda,
  •  Klover Kacang Duduk (Kacang Bermata Hitam)
  • Timun,
  •  Makanan Tenusu, 
  • Buah Kurma, 
  • Telur
  •  Terung 
  • Jintan hitam
  • Biji  Flaks
  • Bawling Putih
  • Hops
  • Akar Manis
  • Oat
  •  Minyak Zaitun
  • Buah Zaitun, 
  • Betik
  •  Daun Pasli
  •  Kacang
  • Lada
  •  Plum
  • Buah Delima
  •  Ubi Kentang
  •  Labu Kuning
  •  Klover Merah
  •  Nasi Rubarb
  • Bijan
  • Kacang Pea Belah
  •  Biji Bunga Matahari
  • Tomato
  • Gandum 
  • Ubi Keladi.



Produk kacang soya dan derivatif soya mengandungi isoflavon yang banyak dan ia merupakan sejenis kumpulan sub fitoestrogen.


3D / 4D Baby Ultrasound Scan l It's Very Cheap!

Sunday, July 31, 2011

Dah 24 minggu kandunganku sekarang. Dua kali scan, doctor tak dapat nak sahkan jantina baby sebab asyik kepit ja paha dia... Dalam hati teringin jugak untuk buat 4D scan memandangkan masa mengandungkan Adam dulu, aku tak berkesempatan, berketahuan sangat pasal 4D ni hehe... Klinik kerajaan lagipun..... Al maklum lah, ada masa-masa tertentu sahaja doktor akan scan.

Untuk kali ni, kami bercadang untuk ke 4D scan. Itupun setelah mengetahui ada satu tempat menawarkan harga yang amat berpatutan. Kebanyakan kawan-kawan yang pernah buat 4D scan menyatakan harga untuk 4D scan sekitar RM200. Masa tu aku rasa, hmm.. better tak payah la 4D scan ni. Baby kuar selamat gak.. Tapi harga yang klinik ni tawarkan RM100. Boleh try ni..

So, kalau korang nak buat 4D scan baby yang murah, I suggest this person. Ms Jezzlyn. Boleh buat appointment dengan dia terus sama ada di Petaling Jaya atau Ampang. Kami ke PJ Women Specilist Clinic sebab dekat dengan kediaman kami berbanding klinik di Ampang.

Perkhidmatan yang disediakan sangat memuaskan. Dengan RM100 tu kami dapat perkhidmatan yang memuaskan, printouts 3D scan and 4D video burnt in cd.

Paling penting, kami dah tau our baby's sex. IT'S A BOY AGAIN!! Mungkinkah daku kena bertukar persekitaran yang lebih kaum wanita berbanding sekarang, setiap hari mengadap kaum-kaum lelaki? Haha... But it's ok, next trial maybe?

Baby asyik tutup muka dengan tangan.....
 Teruja bila tengok dia menendang-nendang dengan aktif.

Video Liza tak uploadkan di sini. That one is just for our personal collection.

So, hajat nak buat 4D scan telah tercapai. Boy or girl is not a matter. Cuma harapnya baby selamat dilahirkan nanti..InsyaAllah..



Update : Kalau sesiapa berminat, boleh jugak like page Jezzlyn kat fb. 3D 4D Scan Malaysia atau contact terus Jezzlyn di no 017 6202933


Kencing Kotor Ketika Mengandung

Friday, April 1, 2011

Kencing kotor sering terjadi pada wanita mengandung kerana tekanan yang berlaku pada struktur pundi kencing akibat dari rahim yang membesar.Akibatnya kencing tidak dapat keluar dengan sempurna menyebabkan ia bertakung dan kuman pula senang membiak.


Sesetengah wanita tidak merasa apa-apa jika masalah ini berlaku tetapi sesetengah pula mungkin menghadapi tanda-tanda seperti :
  • Rasa berdenyut atau sakit di kawasan ari-ari
  • Kerap membuang air kecil
  • Kencing yang berwarna keruh atau berdarah
  • Rasa sakit setiap kali buang air kecil
  • Tidak boleh menahan diri dari membuang air kecil.
Jika kuman telah membiak  dan merebak naik dari pundi kencing ke ginjal atau buah pinggang, jangkitan ini boleh menjadi lebih serius. Ia boleh menyebabkan berlakunya komplikasi pada bayi.

Inilah masalah yang sering dihadapi aku ketika mengandung. Kali pertama dulu juga terjadi semasa mengandungkan Adam. Kali ni menyerang ketika kami bercuti di Terengganu tempoh hari. Daripada niat nak shopping sutera dan batik kat Pasar Payang terus bertukar tragedi berkampung di Klinik Bersalin. Huhu...

Waktu ni tak der feel nak shopping sebab perut sakit yang amat. Mak aku jer yang beriya memilih.... Masa ni Adam tengah happy sebab baru jejak kasih setelah berpisah selama sejam dengan mama.

                               Nangis celah kain cari mama... Kesiannya...

 Disebabkan aku dah tak tahan sakit and masa aku 'pee', aku ternampak darah, aku ajak suami ke klinik. Cuak gak waktu ni. Takut apa-apa terjadi...

Nasib ada klinik yang dibuka 24 jam. Kami tengok waiting list, mak ai panjangnya! Siap ada pesakit yang balik dulu then datang balik lepas Maghrib. So, rezeki kami la lepas tu. Boleh siap awal sket.

                       
                    Kami tunggu kat luar klinik jer sebab Q panjang kat dalam.

Doktor berikan ubat sakit perut, antibiotik dan bekalan asid folik. Hm.. Alhamdulillah semakin pulih sekarang walau masih kerap kencing. Pesanan doktor, minum air masak secukupnya, sekurang-kurangnya enam gelas sehari. Itu lah kelemahanku, tapi demi menjaga diri dan baby, akan kugigihkan diri sendiri. Chaiyok!!

                                        ~Korang pernah kena kencing kotor?~