Jumpa 'Sedara' Di Semenggoh

Friday, May 20, 2011

Eh, sedara sapa ni? Aku jumpa kat Semenggoh. hehe....(tak abis-abis lagi cerita Sarawak?)

                                      Owh.. Sedara orang utan rupanya.

Ni janji last entry pasal Sarawak walau sebenarnya cam banyak lagi nak citer.... huhu....

Kami ke Botanical Research Center kat Semenggoh, tempat pemuliharaan spesis terancam orang utan. Bayaran dikenakan hanya RM3 dan RM1 untuk perkhidmatan van ke dalam hutan untuk laluan sehala.

Ada had kawasan untuk pelawat. Masing-masing takut nak menghampiri kawasan ni sebab pekerja kat situ baru je cerita tentang seorang pekerja yang digigit orang utan bernama Delima. Delima ni ganas sket. Maybe sebab dia tengah jaga baby kecik. Penat kot, sebab tu jadi emo... Biasalah orang beranak kecik ni... hehe...

 Ni dia Delima. Sayang betul dia dengan baby dia tu. Antara orang utan yang dibela di sini, Delima paling agresif. Anak-anak cicit dia yang lain ok jer...

                  Ada nama Ritchie, Rose, Mariam, Minah, Annuar pun ada.....

Sesekali beramah mesra dengan alam semulajadi ni membuatkan hati terlupa pada hiruk pikuk di kotaraya..

                                            Bye Bye Orang Utan!!

Penat kami berjalan sana sini Sabtu dan Ahad, Isnin baru menjalankan misi utama. Betapa tak sabarnya aku nak balik Malaysia (ada orang sana panggil semenanjung, Mesia) malamnya. huhu... dah rindu kat Adam dan ayah Adam....


         Di manakah aku? Owh, di antara wanita-wanita jelita bersutera biru...

Kami sampai di KLIA dalam pukul 2.00 pagi hari Selasa. Nasib cuti Hari Wesak. Kalau tak, jenuh mengantuk kat tempat kerja. huhu....

~Adam, rindunya mama kat Adam......Tahniah untuk Adam!! Mama bagi 98% markah untuk kejayaan Adam berdikari tanpa mama. 2% tu sebab masih belum berjaya ditinggalkan secara terang-terangan. Masa nak pergi hari tu, mama tak dapat cium Adam sebab takut Adam terjaga dan menangis~






2 comments:

sarahsayangjiman said...

aww trip semua cikgu skolah ka ni?bestnyaaa..

fuh delima ada cicit!
aku sukaaa orang utan.
nak kena pi lah sarawak tgk benda2 ni..menarik.

Liza said...

Sarah~Kalau tengok spoan-sopan dan ayu-ayu tu, mesti lah cikgu.. hhehe.....

Pilah melawat Delima and the gang. Aku tak masuk dalam tempat anak-anak cicit dia sebab takut jatuh, jalan dia ada pacat.. huhu...