Saturday, September 15, 2012

Pernah Cuba House Cleaning Service?

Nih kali pertama cuba. Dah lama aku nampak iklan ni kat pintu umah aku. Aku simpan setengah tahun dan teragak-agak untuk cuba. Tak tau sama ada berbaloi ka panggey part time maid ni kan? Lagipun aku risau kalau-kalau ada yang tak boleh dipercayai. Kemungkinan untuk berlaku kecurian tu tetap ada walau kita dapat pantau depan mata.

Tapi akhirnya aku akur bila masa dan ketikanya, aku rasa sangat tiada masa. Lagipun sekarang Azfar sangat la 'manja' dengan aku. Mau berkepit 24jam. Dengan ayah pun tak nak. Ini lah penangan duk berjauhan dengan ayah. huhu...


Semalam call tetapkan masa, so pagi ni dia sampai jam 8+ pg. Apa yang dia buat sepanjang hampir 4 jam tu?

1. Sapu sampah seluruh rumah.

2. Termasuklah lap kipas yang dah lama berabuk tuh

3. Bersihkan tingkap.

4. Mop lantai.

5. Basuh pinggan mangkuk yang bersisa di dalam sinki.

6. Cuci 2 bilik air.

7. Lipat baju? Oh tidak. Aku akan lipat sendiri baju aku dan anak-anak sebab aku ada cara dan gaya lipatan aku sendiri. Spenda pun special punya aku lipat. Mau belajar? Hehe...

Berbaloi tak yer servis ni? 
Dalam 4 jam RM50 untuk semua kerja-kerja di atas. 
Ada yang dah pernah cuba? 

4 comments:

Yati Omar said...

Saya pun selalu ambil maid from maid services. Charges dia RM12/hour. Minimum kena amik 5 jam. Mmg gagah la bibik2 nya. Boleh tu dia buat sumer kerja dalam masa 5 jam sbb umah double story. Kalau saya mmg dah pengsan dah...hehee

Salam perkenalan ya. Jemput singgah blog saya & like Fanpage. TQ

http://mama-iloveu.blogspot.com/

ro'z said...

ooo..hari tu aku tgk iklan rm 10 sejam....tp xpernah lagi call n cuba.

Liza said...

Yati~Salam perkenalan... owh, lebih kurang je la rege dia.. Betul, saya tgk dia cergas ja buat keja tak berhenti...

Ro'z~ Yg tu murah la wei..:)

Lin said...

salam..sya aritu ambik 5jam 60rgt. :D