Restoran Terapung HM Sri Bagan Lalang

Monday, July 8, 2013

Kalau korang ke Bagan Lalang, korang kena singgah di restoran makanan laut di sana. Kalau tak, rugi. Kami bukan saja-saja main pantai ke sana. Tujuan utamanya ialah untuk makan seafood!!!

Berjalan di pantai selingan aja. :)

Kami menunggu tiga keluarga untuk sampai ke sana. Semuanya kawan my hubby ketika dia bekerja di cawangan Mid Valley City. Disebabkan lama sangat menunggu, kami makan burger dulu buat lapik perut. Sampai ngantuk-ngantuk la mata ni. Huhu. Apa tidaknya, aku belum cukup rehat Dari 4 pagi menyediakan makanan untuk seisi rumah sebelum  ke tempat kerja. 

Klik ke website dia di sini.

Alhamdulillah mereka sampai sekitar 10 malam. Terus order!!

Semua order untuk dua hidangan. Tapi ketam yang kuidam telah habis. Tak pela kan, tak dak rezeki kali ni. "Janji lain kali" tu kira mama pegang erat! :p

Makan beramai-ramai ni buat aku control macho. Aku makan gaya orang tengah diet. Haha. Merugikan diri sendiri. Takpa2.. "janji lain kali" tu akan tiba. Haha. 

Dalam beberapa menu yang kami order tu, aku paling suka sotong goreng tepung dia. Sebijik cam sotong goreng tepung Kola Perlis maa!!! Finally, ada tempat untuk kami meratah sotong goreng tepung nanti. 

Tak snap pun gamnar makanan since kawan2 hubby dah snap. Boleh tengok kat sini untuk info berkaitan restoran ni.

~Entri malas di petang hari~

3 comments:

Bin Muhammad said...

Jauhnya nak ke Bagan Lalang...Kalau berbaloi, boleh juge... Berbaloi tak?

syalinda johari said...

macam berbaloi sebab tengok set2 nya tu murah2 laaa...nakk piii jugokkk

Norlizayati Othman said...

Bm-liza tgk ramai org order ketam. Mayne dia punya specialty kot.

Syalinda-berbaloi. Average sorg 30 hinggit.