Tuesday, April 8, 2014

Satu Hari di Zoo Singapura

Rasa cam banyak je citer jalan-jalan tapi masa ja tak banyak nak update. Citer ni dah nak basi dah haa.

Liza sempat singgah Zoo Singapura dua minggu lepas. Masa tu cuti sekolah. Liza kena bawak pelajar ke satu peetandingan antarabangsa di sana. Tapi tak ada rezeki untuk menang. Kena cuba lagi tahun hadapan. Kecewa memang sangat kecewa sebab sekolah Liza memang menang setiap tahun. Tup tup tahun ni kalah. Tapi kena sedapkan hati bahawa setiap apa yang berlaku itu telah ditetapkan Allah. Ayat cover lettew~

So kita lupakan kesedihan. Kita pergi meronda tengok binatang! Hehehe.. kami masuk dengan admission fee yang paling murah. Tak dak pakej river ride ke splash ride ke. Kami amik melawat zoo $28 dengan tram $5 je. Kut kut penat, boleh panjat tram bila-bila masa. Hehe.. So total $33 lebih kurang RM85 gak la.

Tram yang disediakan


Ni binatang pertama kami jumpa. Pelicans!

Then kami melawat kawasan sejuk Artantika. Boleh tengok Polar Bear kat situ makan daging. Hehe.

Penguins of Madagascar. :)


Ni si kuda belang dengan badak. Duk sekali dengan burung unta. Kesian burung unta tu duk sorang-sorang dia. Maybe bosan, dia asyik ligan kuda belang ja ajak main. Huhu.

Ni antara persembahan yang korang kena tengok. SPLASH show pukul 9 pagi. 

Bijak singa laut ni. Siap splash2 air lagi kat penonton.

Bila masuk kawasan Rainforest area, korang pasti jumpa dia ni. Belagak semacam je tengok. Hehe.. 

Tenang ja masuk kawasan hutan ni. Korang akan jumpa kancil, kura-kura dan sang buaya. Eh silap. Buaya tak ada kat sini. Dorang bebas berlari dalam ni. Agak jinak la dengan kita.



Mostly gambar binatang snap dengan henpon ja. Tp yang ni guna DSLR. 
She's waiting to bite you!!


Kawasan gurun ni didiami oleh kambing gurun dan babun. Yang punggung merah tuuuu. Huhu..

Benda paling teruja ialah nak tengok kangaroo. Almaklum.la, tak pernah p Ostolia. 

Macam dah larat ja kangaroo ni. Ada dua ekor ja dalam tu.

Ni ada badak air berendam dengan itik-itik serati.

Korang tau tak, white tiger dah pupus di Asia. Tinggal Mohan ni ja di Zoo Singapura. Dia ada empat anak bersama beberapa ekor cucu dia. 
Ini memang pose tak dak kegheja. ;)

Aku memang kurang rajin nak up entri info berfaedah ni sebenarnya. Hehe.. so korang cuba search google "Singapore Zoo" and jangan lepaskan peluang ke sana. Hehe..

Ada Restoran Ah Meng dalam zoo untuk bukan Islam menjamu selera. Untuk muslim, ada KFC di luar entrance zoo tu. Jangan risau, ada logo Halal Jab Agama Islam Singapura. Liza dengan student Islam makan kat situ.

Then, kami tunggu teksi di sebelah kanan zoo untuk ke Bugis Street. Panjang giler Q. Maybe sebab weekend kot. 

Jom shopping fridge magnet jom!


Sultan Mosque kat tengah bandaraya Singapura. Boleh singgah solat di sana bila.letih.membeli di Bugis Street. 

K lah, see you. 

















6 comments:

ayu said...

Mcm seronok je...

Liza Yati said...

Ayu - Best ayu. Tambah2 kalau Ayu amik RIver Side or Safari Night. Pergi la sekali.

Cho Zila said...

ni pergi ngan anak muridler yerk.. dah takder rezeki yerk nak menang.. tahun depan cuba lagi...
kalau bawak famili elokler amek pakej sekeluargakan...

Bin Muhammad said...

Wah ! Bestnya jalan2 di Zoo Singapore. Masa saya pergi dulu tak menarik macam ni, maklumlah tahun 98 rasanya...
Paling best pun kat Singapore masa tu underwater world dia jer!

Liza Yati said...

Cho Zila - ya. Kiranya cam school trop la. Hehe. Kalau bawak anak2 lg best. Dorang Boleh belajar dan dpt pengalaman live.

Liza Yati said...

Bin Muhammad - owh maybe dah banyak dia upgrade. Mmg menarik la. Byk haiwan yang Liza jakun tengok. Hehe