Sunday, June 8, 2014

Family Trip to Langkawi

Kita gostan kejap cerita pergi Langkawi hari tu. Ini dikira percutian hujung minggu. Tapi best sebab family Liza dan suami turut serta ramai-ramai.

Kami bertolak dari KL dengan MAS awal pagi Sabtu.

Hujan renyai-renyai pagi itu tapi alhamdulillah selamat sampai.

Sebok je hero mama ni nak mengangkut beg.

Van sewa memang dari awal ditempah ahli keluarga yang datang sehari awal. Kami terus ke jeti untuk pick up mak dan abah sebelum ke homestay di Taman Cenderawasih.

Homestay yang kami duduk sangat selesa.  Siap dengan kelengkapan memasak dan bilik yang mencukupi untuk kami lima keluarga menginap. 

Selesai meletakkan barang, kami keluar mencari coklatt!! Tentulah di HIG. Tempat shopping paling femes di Langkawi. Banyak sungguh cawangan dia. Di sana sini akan terjumpa. 

Penat meronda di kompleks HIG, baru kami pulang berehat. Petang sambung lagi ke Makam Mahsuri. Dah lama tak ke sana. Seingat Liza, last ke sana dengan kawan-kawan UTM. 9 tahun lepas.


Rumah Mahsuri. Seram jerk rasa. 













No comments: