Hong Kong Terkenal dengan Sculpture

Saturday, June 7, 2014

Walaupun blog ini telah ditutup kepada umum, aku masih mahu mengupdate di sini. Kerana aku mahu abadikan kenangan percutian bersama orang tersayang. Liza sambung kembali cerita Hong Kong yang teegendala sekian lama.

Daripada pemerhatian Liza, Hong Kong ni terkenal dengan arca atau dipanggil sculpture. Di mana-mana saja, pasti akan ada satu atau dua arca di suatu-suatu tempat.

Berikut antara beberapa arca yang sempat Liza abadikan di sana.

Arca manusia berbaris menunggu bas.

Barisan tentera siap siaga berjuang.

Arca di sepanjang Avenue of Stars

Arca pelik seakan-akan ikan paus.

Ada banyak lagi arca di sana tapi tak semua yang Liza snap. Separuhnya di dalam kamera. 

Kebanyakan arca dibuat berdasarkan cara hidup masyarakat di sana. Ada yang diperbuat daripada kayu, batu dan besi. 

Tokoh pengukir terkenal di sana ialah Ju Ming. Banyak arca yang dihasilkannya telah dipattern dan dipamerkan di seluruh dunia. 

Sekiranya berkesempatan, Liza kongsikan lagi karya-karya Ju Ming yang telah dipamerkan di Muzium Seni Hong Kong. 

Jumpa lagi.




0 comments: