Showing posts with label Hong Kong. Show all posts
Showing posts with label Hong Kong. Show all posts

Pengembaraan di Madame Tussauds

Friday, October 17, 2014

Entri ni sepatutnya dah lama up. Tapi disebabkan blog dah ditutup, hati pun malas nak update. Cuma memikirkan nak catat benda-benda penting, gagahkan jugak update sket.

Mula-mula, my hubby tak nak pergi. Tapi, disebabkan aku yang beriya, so dia akur. Memandangkan kami amik pakej, jadi tiket masuk ke sini ada diskaun. So, selepas menikmati pemandangan di The Peak, kami terus masuk ke sini. Masuk aja ke sini, terus rasa glemer!! Haha.

Sebab semuanya artis-artis hebat menanti kat dalam. Jackie Chan yang sambut kami. Hehe.. tapi kaku tak bergerak lah.

Madame Tussauds ni sebenarnya adalah sebuah muzium patung lilin yang terdiri daripada artis terkenal. Tapi, kebanyakan aku tak kenal pun. Huhu..

Aku tak kenal pun artis ni. Tapi macam femes zaman 90an kan?

Hurm.. dia ni pun I tak kenai nama dia taw.

Yang kat bawah2 ni ada la yang kenal. Korang kenal tak?

Antara artis yang ada. ;)

Best jugak walau memula hubby cam tak nak masuk. Alih-alih dia yang beriya nak bergambar dengan Mr President. Haha.

Korang kena pergi sekali. Kat I-city pun ada kan? 

Pemandangan Indah dari puncak The Peak.

Sunday, July 20, 2014

The Peak merupakan satu tempat yang menarik untuk dilawati. Ia meripakan puncak bukit yang boleh dilawati menggunakan tram. Keadaannya lebih kurang Bukit Bendera di Penang. Mungkin kerana tempat ini juga pernah dijajah oleh British suatu masa dulu.

Kami amik pakej sekali dengan perkhidmataan bas Hop On Hop Off di sana. Jadi, tiket utk masuk ke sini agak murah dan tak perlu beratur panjang untuk menaiki tram.

Betapa panjangnya q kalau tak amik pakej. Huhu..

Tram yang akan membawa kita ke atas puncak.

Inilah dia pemandangan Hong Kong dari atas puncak The Peak.

Dipenuhi bangunan-bangunan pencakar langit.



Lukisan yang dipamer untuk jualan.

Kami menantikan sun set di sana.


Nyaman dan tenang melihat suasana di sana.

Kami menunggu sehingga malam di sana. Dan kemudian memasuki Madam Tussaude untuk bergembira bersama mereka yang terkenal.

;)



Hong Kong Terkenal dengan Sculpture

Saturday, June 7, 2014

Walaupun blog ini telah ditutup kepada umum, aku masih mahu mengupdate di sini. Kerana aku mahu abadikan kenangan percutian bersama orang tersayang. Liza sambung kembali cerita Hong Kong yang teegendala sekian lama.

Daripada pemerhatian Liza, Hong Kong ni terkenal dengan arca atau dipanggil sculpture. Di mana-mana saja, pasti akan ada satu atau dua arca di suatu-suatu tempat.

Berikut antara beberapa arca yang sempat Liza abadikan di sana.

Arca manusia berbaris menunggu bas.

Barisan tentera siap siaga berjuang.

Arca di sepanjang Avenue of Stars

Arca pelik seakan-akan ikan paus.

Ada banyak lagi arca di sana tapi tak semua yang Liza snap. Separuhnya di dalam kamera. 

Kebanyakan arca dibuat berdasarkan cara hidup masyarakat di sana. Ada yang diperbuat daripada kayu, batu dan besi. 

Tokoh pengukir terkenal di sana ialah Ju Ming. Banyak arca yang dihasilkannya telah dipattern dan dipamerkan di seluruh dunia. 

Sekiranya berkesempatan, Liza kongsikan lagi karya-karya Ju Ming yang telah dipamerkan di Muzium Seni Hong Kong. 

Jumpa lagi.




Hong Kong Babymoon Story | Day 1

Friday, April 18, 2014

Salam Jumaat.

Seronok la ramai yang akan bercuti esok. Liza bekerja esok. Tapi tak apa. Tak kisahh pun. Minggu lepas dah puas bercuti. Minggu ni kena la pulun. huhu..

Baru sempat nak kongsi pengalaman percutian Liza dengan hubby ke Hong Kong baru-baru ni. Sebenarnya, memang kami rancang dari awal lagi untuk ke sana. Tiket memang booking daripada tahun lepas. Tapi, yang tak rancangnya ialah status percutian. Hehe.. Pada mulanya kami ingat nak honeymoon, tapi Allah sebaik-baik perancang. Status bertukar kepada 'babymoon'. :D

Seperti mana kami selalu search dan baca blog Jari Manis dan Fatin Liyana untuk dapatkan info percutian ke Hong Kong ni, macam tu la Liza harap agar entri-entri percutian ni dapat dijadikan rujukan untuk yang mencari maklumat berkaitan. Harapnya, tidaklah disalahertikan.

Kami amik flight awal pagi, pukul 7.05 pagi. Jadi memang bersedia awal di airport sebab takut apa-apa yang tak dijangka. Kul 5.00 pagi kami dah terpacak kat LCCT. Yaa, kami guna flight tambang murah jew. Hehe... Everyone can fly katernyer~ Yo'o ja..

Cerita Cinta Ammar menemani Liza sepanjang sejam pertama perjalanan. Jam berikutnya, air mata menutupi semua. Tak nampak jalan di depan. Sedih sangat. Buku yang banyak memberikan panduan dan teladan. :( 

Jadi, jam seterusnya kita jelajah luar je la. Tengok awan berbagai bentuk. huhu...

Sampai di Hong Kong kira-kira jam 12.00 pm (delayed setengah jam di udara sebab trafik sibuk). Sejuk gak rasa. Suhu 21 darjah celcius. Dingin je.

Perkara pertama kami buat bila sampai airport ialah mencari SIMCARD FOR TRAVELLER. Cari kat satu kedai ni, dia jual HKD250. Mak ai, mahainya. Nak pakai 4 hari je kat sana. Teringat post Fatin Liyana, dia dapat HKD88 je. Kami cari kat 7 eleven. Dapat!! 

Kedua, kena cari OCTOPUS CARD. Kad yang berguna untuk semua pengangkutan awam di Hong Kong. Macam Touch n Go la fungsi dia. Ada di kaunter Airport Express di Level 3. Kami beli HKD150 untuk kad tu. Kalau tak cukup, korang bleh top up lagi.

Then, bergerak la keluar dari airport melalui signboard Train To City. Kami ke stesen bas yang linked dengan airport dan cari platform A21. Sebab tempat penginapan kami berada di area Tsim Kah Tsui. Kawasan golongan marhaen macam kami. Naik bas dan berhenti di perhentian ke14. Korang boleh tengok kat skrin dalam bas atau kalau dapat bas baru, ada skrin depan setiap seat.

Lama gak la aku rasa nak sampai ke Tsim Kah Tsui. Dalam 45 minit jugak. Sampai di Stop 14, kami mencari Nathan Road. Sebab di situ, kami akan jumpa kawasan penginapan kami di MIRADOR MANSION. Kami booking di PEARL GUEST HOUSE.  Untuk percutian budget dan backpackers macam kami, semua perbelanjaan pun kami budget. Cara orang marhaen bercuti. :p

Kami disambut oleh angsa ni di atas katil. Haha. 

Tip untuk korang yang nak bercuti budget : Pilih guesthouse yang ada tingkap. Memang harga dia mahal sedkit daripada yang lain tapi sekurang-kurangnya korang dapat rasa udara dingin tanpa aircond daripada luar. Sejukk!!

PEARL GUEST HOUSE ni memang highly recommended. Apa yang diiklankan di internet, sejibik sejibun sama macam yang disediakan. Baru rasanya dan service dia sangat bagus. 

So, kami rehat kejap. Makan bekalan nasi yang aku masak daripada rumah, ready untuk jalan-jalan sekitar Tsim Kah Tsui.

Tempat pertama kami pergi ialah Victoria Harbour. Daripada Mirador Mansion, Liza akan lalui Nathan Road untuk ke laluan subway (bawah tanah) dan tembus ke Star Ferry. Landmark dia Sheraton Hotel dan SOGO Shopping complex. Korang akan nampak harbour yang sepanjang tu ada ramai pelancong ambik angin (lepak sebenarnya..) Hehe..

Laluan setiap hari ke stesen MTR Tsim Kah Tsui.

Inilah dia pemandangan Victoria Harbour di sebelah petang.

Pencakar-pencakar langit Hong Kong di seberang harbour.


Kami berjalan sepanjang harbour dan bila letih, duduk di tangga Muzium (dah tutup masa tu) sambil memerhatikan gelagat manusia. Petang yang sangat santai.

Duduk je la melepak tengok orang. Melepaskan lelah bekerja. Sekali ni je. Lepas ni dah kalut benda lain, dah tak dapat rilek cam ni dah.

Bila bosan sangat, kami singgah di depan Muzium of Arts untuk jalan-jalan tengok sculpture dia. Hong Kong ni femes dengan skulpture la. Seni dan kepakaran dorang kot.

Then, kami balik bilik. 

Malam baru keluar ballik tengok pemandangan harbour dan menunggu untuk acara Symphony of Light. iI antara acara yang tak boleh dilepaskan kalau korang ke Hong Kong. Persembahan laser dan lampu warna-warna selama 15 minit, bermula kul 8.00 malam.

Lampu dan laser yang dipancarkan daripada bangunan di sepanjang harbour diiringi dengan alunan muzik. 

Pemandangan Avenue of Stars di malam hari.


My Best Man.

Last but not leaast. ;)

Ada banyak booth-booth kecik untuk ambil gambar kita dengan pasangan. Dia selalu minta HKD100 untuk satu gambar 5R. Mahal rasa. Tapi kami dapat tawar dengan satu nyonya ni. Dia bagi HKD50. So kami minta dia snap gambar kami berlatr belakangkan Victoria Harbour ni. Buat kenangan kami. :)

Ini saja kot untuk hari pertama kami di Hong Kong. Sebab lepas tu, kami balik bilik dan tidur. Penat berjalan weih.

~See you then~