Showing posts with label investment. Show all posts
Showing posts with label investment. Show all posts

Pelangi Semenyih 2 Progress

Saturday, October 15, 2011

Last weekend (9/10/11) sempat jenguk perkembangan rumah di Pelangi Semenyih 2. Hairan gak kan bank payment naik mendadak. Apa yang berkembang sangat tu?

So, Ahad lepas kami jenguk-jenguk dari pagar biru sebab bertutup keseluruhan kawasan.

Rumah kami berhadapan dengan rumah Semi-D. Boleh nampak keseluruhan kerangka dah naik. Shoplot kat bahagian hadapan taman dah naik dengan jayanya. Maybe dorang nak siapkan shoplot tu dulu. Then, rumah semi-D pun dah naik banyak lorong. Ada ketidak adilan di situ. Ari tu rumah kami yang dilancarkan dulu. Tup-tup, semi-D yang lebih berkembang. Huhu...

Snap dari celah-celah pagar show house.

Then, kami jalan-jalan gak tengok Hillpark 2. Melalui kawasan Bandar Teknologi Kajang, kami nak tengok suasana kat sana. Tapi sayang tak dapat masuk show house sebab dah lewat petang. Dah tutup. Kalau tak, boleh tengok rumah Ila.. :) Best jugak rumah kat situ, atas bukit, rasa nyaman jer....

Ada sesiapa yang masih mencari-cari kediaman untuk dibeli? Beli lah kat Semenyih ni. Boleh kita berjiran. Contact me k. Bleh kita deal Buyer Get Buyer Incentive.. *wink *wink

Enam Fakta Jongkong Emas

Sunday, December 19, 2010

Pagi-pagi makan mee, korang sihat ke hari ni? Liza kat kampung... Hanya sempat kemaskini seketika.. Selainnya, melayani aktiviti kampung. Enjoy my day...

Jom tengok enam fakta tentang jongkong emas :

1. Ketul logam emas berbentuk empat segi

2. Jongkong emas dihasilkan dengan menggunakan 99.99% emas.

3. Setiap jongkong emas mempunyai Sijil Ketulenan yang disahkan oleh Certified Assayer.

4. Terdapat jongkong emas dengan berat 10 g, 50 g, 100 g dan 500 g. 

5. Jongkong yang terlalu tebal mungkin mengandungi kurang kandungan emas 916.

6. Jongkong emas yang popular adalah emas 916 dan 999.

Dulu ingatkan bentuk jongkong camni ja... Tak terfikir rupanya camni :
Ni jongkong 20 g Poh Kong

Ni Public Gold punya

::Credits to Google::

Sumber Fakta : Mingguan Malaysia



Bagaimana Nak Kaya Dengan Emas?

Friday, December 17, 2010

Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Sejak akhir-akhir ni rasa sunyi, sepi di sini.... Tiada seri dan tiada teman bicara. Mungkin lama sangat bercuti. Tak sabar nak balik kampung malam / esok pagi... Berjumpa kawan-kawan lama... Bertukar-tukar cerita. Moga kesedihan ini dapat diubati..

Pernah dengar pelaburan emas? Aku ni jakun sikit. Sebelum ni tahu emas boleh dilaburkan cuma tak tahu cara dan gayanya. Tapi, bila kawan aku ghairah bercerita keuntungannya melabur emas di Public Gold, aku jadi teruja. Teringin jugak nak duit lebih. Makan gaji ni duit hanya cukup makan dan pakai saja. Bersyukur apa yang ada tapi tidak salah mencari pendapatan sampingan, bukan?

Ar rahnu ada di Agrobank, Yapeim, dan beberapa koperasi lain ada juga sediakan perkhidmatan ini. Maybank ada sediakan Emas Kijang...

Di sini aku ingin kongsikan cara untuk melabur emas  di Public Bank :

1.Tengok harga pasaran emas GIA PB kt website Public Bank. Ni url dia, klik jer http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html. Untuk beli emas, pastikan kita tgk SELLING PRICE (bank jual emas kepada kita). Untuk jual emas, kita tengok harga BUYING PRICE (kita jual emas kepada bank). Ni contoh dia..



2.Pekara yang penting atau perlu ada bagi membuka GIA PB ialah

  • Duit RM250 untuk membuka Buku Akaun Wadiah PB ( Saving Account).
  • Duit RM10 untuk duit setem bagi Perjanjian Akaun Pelaburan Emas.
  • Duit untuk membeli 20g emas bagi permulaan GIA PB.
  • Duit RM8 bagi mereka yang nak gunakan ATM Card.
Untuk artikel berkaitan pelaburan emas, sila klik sini.

Catatan :

1. Yang penting pastikan duit tu bawa lebih sikit, jangan bawa cukup-cukup jer. Nanti risau tengah isi borang tiba-tiba lak harga emas naik ms kt kaunter. tak cukup lak duit nanT. Susah. Tapi kalau harga emas turun. kita la untung sebab dapat beli emas dgn harga yang murah. Tersenyum la masa tu.

2. Boleh jugak kita beli sikit-sikit daripada kedai emas seperti di Poh Kong cuma kena berhati-hati dengan gambar haiwan pada barang kemas tu sebab sesetengah bank seperti Agro Bank tidak terima untuk dipajak...

3. Kalau buat personal loan dan laburkan kesemua dalam pelaburan emas, masih menguntungkan walau terpaksa membayar hutang personal loan setiap bulan kerana emas sentiasa naik setiap tahun..

Korang dah melabur dengan emas?

~Tun M juga menggesa rakyat melabur dengan pelaburan ini~