Showing posts with label Pelangi Semenyih 2. Show all posts
Showing posts with label Pelangi Semenyih 2. Show all posts

Semi D Pelangi Semenyih 2

Sunday, April 15, 2012

Hari tu kata nak upload gambar rumah semi D kat Pelangi Semenyih kat entri ni kan? So, ini dia rumah bakal jiran kami.

Laju jer kerja dorang kat sini.. [-(

Dipisahkan oleh jalan

Tak tahu la berapa harga semi D ni sekarang sebab semasa kami survey tahun lepas harganya dah mencecah RM600k. Tahun ni? Hrm..... Yang pasti bukan di bawah kemampuan kami lar (setakat ini...) Ceh, ada ayat penyedap hati plak....

Hartanah ni boleh buat pelaburan untuk masa depan kan?


Pelangi Semenyih 2 On April 2012

Sunday, April 8, 2012

Semalam kami ke Kajang untuk dapatkan dokumen rumah. Then, terus panjang tengok rumah di Semenyih. Lama tul tak jenguk.. Last pergi masa aku tengah sarat tahun lepas.

Aku agak, mesti dah 'naik bata' banyak dah sebab payment setiap bulan semakin mengopakkan aku... :(

Samapi di sana, kami terus meninjau-ninjau kawasan kedai. Memang dah buka pagar biru. Boleh tengok dengan jelas perkembangannya.

Wah.... Memberangsangkan...

Kemudian, kami ke tapak pembinaan rumah kami. Disebabkan kami beli PS2 Fasa1, jadi rumah kami terletak di bahagian tengah. Sesiapa yang beli lewat, akan dapat rumah bahagian hadapan (dengan harga yang lebih mahal). Itu strategi developer.... Tapi alhamdulillah, rumah kami tidaklah jauh ke belakang.

Inilah rumah kami (walau tak ingat yang mana satu..)hehe.. 

Rumah yang hujung dah buh 'kulit' (plaster) 

Rumah kami berhadapan dengan rumah Semi D. My husband ada snap perkembangan rumah semi D kat depan ni tapi malas lak nak transfer sebab ada dalam DSLR (kalau dah rajin, next time will upload). Ada plak yang wat joke dengan kami "Nanti Adam besar leh ngorat anak orang kaya kat depan rumah" (anak owner semi D).. huhu... Boleh plak cenggitu....

Teringin nak tengok dekat-dekat tapi kami dah takut pagar tutup sebab masa kami pergi tu, waktu rehat. Tengah terik mentari! Jadi, kami chow dulu sebab ada undangan 'housewarming' kat rumah Zura.. Bleh cilok idea untuk rumah baru.... :p

F.O.U.R of us.. 

Adam geng ayah. Azfar geng mama kay?

~Sempat ke kami merasa duk rumah kat PS2 ni yer? hrm...~





Pelangi Semenyih 2 Progress

Saturday, October 15, 2011

Last weekend (9/10/11) sempat jenguk perkembangan rumah di Pelangi Semenyih 2. Hairan gak kan bank payment naik mendadak. Apa yang berkembang sangat tu?

So, Ahad lepas kami jenguk-jenguk dari pagar biru sebab bertutup keseluruhan kawasan.

Rumah kami berhadapan dengan rumah Semi-D. Boleh nampak keseluruhan kerangka dah naik. Shoplot kat bahagian hadapan taman dah naik dengan jayanya. Maybe dorang nak siapkan shoplot tu dulu. Then, rumah semi-D pun dah naik banyak lorong. Ada ketidak adilan di situ. Ari tu rumah kami yang dilancarkan dulu. Tup-tup, semi-D yang lebih berkembang. Huhu...

Snap dari celah-celah pagar show house.

Then, kami jalan-jalan gak tengok Hillpark 2. Melalui kawasan Bandar Teknologi Kajang, kami nak tengok suasana kat sana. Tapi sayang tak dapat masuk show house sebab dah lewat petang. Dah tutup. Kalau tak, boleh tengok rumah Ila.. :) Best jugak rumah kat situ, atas bukit, rasa nyaman jer....

Ada sesiapa yang masih mencari-cari kediaman untuk dibeli? Beli lah kat Semenyih ni. Boleh kita berjiran. Contact me k. Bleh kita deal Buyer Get Buyer Incentive.. *wink *wink

Pelangi Semenyih 2 (Metro Kajang Group Holdings) is Our Second Home

Tuesday, September 27, 2011

Dah lama nak buat post pasal ni tapi asyik tertunggak. Semalam dapat msg dari developer tentang pelancaran Pelangi Semenyih 2 dan Hillpark 2, terus teringat nak buat entri pasal ni. Lagipun, rasa cam masih belum setel hal pembelian. Since dah setel, dah start bayar bulanan pun dua bulan lepas, so just wanna share with all why do we choose to buy our second home...

Actually, our current home now is an apartment with 4 rooms. We love to stay here since our home in Klang Valley area and it takes less than 10 minutes to my husband's office and around 15 minutes to my workplace. It has many facilities in the apartment gate. Ada laundry, shop, swimming pool, gym, convinced playground and nursery which we send Adam. It is a low density apartment. So peaceful as livin home. But not for a big family. End of this year dah nak tambah sorang lagi kan... Dua orang ok lagi, but how about 3,4,5.6 (opps. 5 sudah maksimum!)

So, kami usahakan untuk cari a bigger house to live with a bigger family. Cari dalam KL memang tak dapat lah kan... Dan tak mampu.. Yang ada pun beratus riban. Tak mampu kalau sekadar kakitangan kerajaan. Lain la kalau ada side business jual baju, alat sukan ke, ada business ngan ipar duai ka.. Haha.. Yolah tu.

Solution, kami cari di luar KL. Survey agak lama, akhirnya last minute decide... Area sini....

We chose under construction home sebab tak mampu beli rumah yang dah siap. Mahhal, bak kata Adam. We bought intermediate house, Phase 2 (Type B)


                                 Property Type:2-sty Terrace/Link House
                          Land Title:Residential
                    Tenure:Freehold
                          Land Area:168 Acres
                      Built Up:1,548 sq.ft. (Type A) / 1,759 sq.ft. (Type B)
                             Listing Price:From RM273,300
                        Bedrooms:4
                         Bathrooms:3
                                Total Units/Lots:166
                              Bumi Discount:7%
                                 Completion Date:2 years from SPA date (Expected)
Ni koleksi gambar dari website dia.

SUKA :
  • interior design dia, modern. (macam la nak sama dengan rumah sendiri nanti..)
  • Then, tangga dia agak terlindung dari pintu depan. 
  • Ada family hall kat tingkat atas
  • dan boleh renovate jadi wide balkoni dari master bedroom.
    Master bedroom besar
  • Ada sikit ruang untuk tanam serai dan daun pandan. Hehe.. Ciput je laman dia.
  • relax je life kat sana......
TAK SUKA :
  •  jauh dari KL. Sebab dah terbiasa dekat dengan Pusat Bandaraya
  • Itu je.. Itu pun dah rasa semakin dekat dengan adanya Hi Way SILK dan LEKAS..
Since, lambat lagi nak siap (2013), boleh lah menabung untuk renovation nanti. Itu pun belum tentu kami duduk di sana. Rumah sekarang cam dah ok sebab dekat dengan tempat kerja. Kalau ke sana, terpaksa la minta tukar.... Apa pun, kita merancang, Allah jua yang menentukan.

Ada sesiapa yang jatuh hati dengan rumah ni? Boleh la sama-sama kongsi pendapat dan pengalaman dengan Liza. Boleh la email at nice_yard@yahoo.com for RM2k under incentive Buyer-Get-Buyer scheme :P