Walau penginapan disediakan, tetapi tidaklah untuk suami dan Adam. Sebab tu la aku menginap di Muara Beach Resort. Di sana aku menghadiri tiga sesi LDP daripada penceramah jemputan. Ni aku ringkaskan balik apa yang aku ingat....
Sesi 1 : Hal-hal Pengurusan
Oleh : Mr Principle kami
Antara quotes menarik yang masih aku ingat :
95% manusia di dunia adalah manusia biasa. 3-5 % luar biasa. Golongan minoriti ni lah yang menggerakkan dunia ke arah kemajuan.
Perubahan harus dilakukan bukan untuk masa kini tetapi untuk kemudahan di masa hadapan
Kalau melancong ke Thailand, ada 3 rasa masakan, manis, masam dan masin. Tetapi di Malaysia ada 5 rasa. Rasa manis, rasa masam, rasa masin, rasa tak sedap dan rasa nak marah...(ngee..)
Sesi 2 : Kokurikulum dan Pengurusan Sukan
Oleh : Jurulatih SSBJ
Disebabkan sekolah aku sekolah projek sukan, jadi bergunalah jugak untuk kami mengendalikan pelajar-pelajar sukan yang terlalu penat berlatih sehingga tidak mampu fokus di dalam kelas. Kadang-kadang tertidur disebabkan latihan intensif. Dan kerap kali juga tiada di sekolah kerana mewakili sekolah, negeri mahupun kelab-kelab sukan.
Info yang diberi amat berguna agar pelajar-pelajar sukan juga tidak akan ketinggalan dalam akademik mereka.
Sesi 3 : School With Character
Oleh : En Abdul Halim (Kaunselor)
Sesi yang paling seronok aku ikuti. Dari awal aku dengar sampai habis. Tak tertinggal satu pun gelak tawa.. Memang tak bosan langsung. Almaklum la, dia ni pun bekas tenaga pengajar di sekolah aku. Dia dah kenal sangat dengan budak-budak sekolah. Baru kutahu sekolah aku pernah memenangi satu anugerah "SCHOOL WITH CHARACTER". Bila dan di mana, tak pasti...
Yang penting, perlu ada :
Commitment
Sincerity
Teamwork
Student management System
Integrity
Responsibility
Baru lah dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang..
Keseluruhan LDP kali ni berbaloi. Betapa fokusnya aku masa LDP tu sampai takda satu pun gambar aku snap. hiii... Ni pun amik daripada OP.
Me witk Kak Elly and Kak Yati..
Petang kami ada Family Day yang sgt havoc!!!! Loikeeee!!!!!!!!!
0 comments:
Post a Comment