Ada Apa Di Waterfront Kuching?

Wednesday, May 18, 2011

Di sini bermula kisah kami di Kuching... Kami ke sana atas urusan rasmi.. Tapi biasa lah, ada jugak jalan-jalan ke sana sini. Hari pertama sampai wajib berjalan-jalan kat Waterfront dulu. Walau hati ni dah cam tak gembira sebab dah selalu shopping Kuching semasa aku berkhidmat di sana dulu, tapi perasaan tu hanya pada hari pertama yer? Banyak rupanya benda yang boleh dibuat kat Waterfront tu.

Selain jalan-jalan makan angin kat depan sungai tu boleh jugak naik River Cruise...

Bangunan DUN yang telah siap. Masa 2007 tu masih dalam pembinaan..

Sarawak River Cruise ni memulakan perkhidmatan daripada pukul 5.30 pm sehingga 7.00 malam. RM60 untuk 45 minit... Alahai, mahainya. Kami bergambar je lah depan cruise ni...

Kami cuma naik perahu tambang ke seberang. 40 sen jerk ke Seberang Kampung Panglima Seman tu..(rumah mertua roommate aku tu..) Selain boleh makan-makan Mee Kolok dan Laksa Sarawak kat medan selera, boleh rasa kek lapis free. Korang boleh rasa banyak mana korang nak, sampai kembong...Ada banyak pilihan kek lapis ni, cam Kek Lapis Dayang Salhah (paling famous), Kek Lapis Miera, dan tidak dilupakan Kek Lapis LIZA yer...


                                                   Tolong promote sekali..

Rasalah banyak mana korang suka. Aku paling suka kek lapis 'Sayang Sarawak' gabungan perisa Strawberry, coklat Cadbury dan cheese.. Perrgh, memang best!!


Aku jumpa kawan lama, Kak Syirah. Dia antara kawan yang masih menetap di Sarawak. Ramai yang dah berpindah ke semenanjung macam aku...Terima kasih sebab sudi jumpa dengan Liza. Rindu kawan-kawan lain tapi apakan daya, masing-masing ada komitmen lain...

Aktiviti paling best kat Waterfront sudah tentunya shopping. Cam tak cukup-cukup masa kami meronda depan Waterfront tu. Dari gelang, kuih-muih, baju kain batik dan hiasan rumah. Kawan aku sempat mengangkut balik cermin dinding hiasan rotan. Besar gak la, tapi sebab kami pergi ramai-ramai, tak de lah kena extra charge...

 Ni kedai yang paling lama kami belek. Banyak sangat barang-barang unik kat kedai ni. Aku dapat sepasang lampu hiasan diperbuat daripada kulit tiram dan akar kayu kat sini.


 Ni salah satu kedai 'junk food'. Banyak makanan nostalgia kat kedai ni... Biskut-biskut yang kita makan masa kecik-kecik dulu masih dijual di sini...

Selain tu, korang boleh la shopping gambir Sarawak kat tepi-tepi sungai tu. Ahaks..

Itu saja nak cerita pasal Waterfront. Ada lagi ke aktiviti best kat situ?











2 comments:

Sidratul Muntaha said...

waterfront mmg tak lepak lama..
yg pergi dulu,mmg pergi kilang kek lapis dayang salsah tu..
siap masuk dapur n try buat..
syiok woo..
mee kolok yg best n betul2 sedap dekat pasar satok
n also jgn lupa ikan terubuk...
mmg sedap la even sape2 tak suke mkn...

Liza said...

Sidratul Muntaha~Ayu, kalau p Sarawak tak sah kan kalu tak beli kek lapis dan ikan terubuk. WAJIB!