Korang ada migrain? Liza ada tapi alhamdulillah tahun ni belum menyerang dan harapnya tidak akan lagi menyerang kembali. Maybe kerjaya, kehidupan dah semakin stabil dan lebih bahagia semenjak dua menjak ni. Haha.. Ayat tak leh blah!
Tahun lepas Liza kerap diserang migrain. Maybe tak dapat nak menguruskan tekanan kerja dengan baik. Kalau mata dah rasa pedih, silau dan sedikit rabun Liza akan tahu, tu petanda aku akan dapat migrain. Bersedia lah untuk tidur seharian. Hehe..
Sampai satu tahap rabun Liza tak lega. Masa tu migrain on and off selama sebulan. So, aku terus p check mata. Waktu tu terkejut aku sebab aku sebenarnya rabun. Walau power tak tinggi mana, 50 je pun tapi aku perasan yang aku rasa rimas dengan cahaya yang terang (silau lah tu). Sempat jugak lah aku buat spek. Sempat jugak lah aku jadi specky tahun lepas. Haha.
Time pakai spek je, orang akan terkejut sebab tahu aku tak rabun sebelum ni. Then, kutuk-kutuk muka aku cam muka 'budak baik' lah (skema).. Tapi lepas tu, dah lama aku tak sentuh spek aku tu. Maybe dah berabuk dalam almari. hari ni baru aku sedar. "Aik? Dah lama aku tak rasa silau. Maybe migrain dan rabun ni ada kaitan kot?
Apa kaitan Rabun dan Migrain??
Cuba korang baca artikel berkaitan Migraine dan rabun ni!
Apabila diserang migraine, anda mungkin menghadapi gangguan penglihatan seperti aura, scotoma, tunnel vision, complete blindness, photophobia, photopsia, visual hallucination dan lain-lain namun semua symptom ini bersifat sementara dan penglihatan kembali pulih apabila migraine hilang. Migraine tidak pernah direkodkan menyebabkan power mata bertambah.
Apa itu Eye floaters?
Eye floaters merujuk kepada kawasan berbintik di dalam ruang penglihatan kita yang agak menjengkelkan. Untuk memahaminya, perhatikan gambar di bawah yang merupakan simulasi penglihatan seorang manusia yang mengalami eye floaters.
Di sini disertakan gambar anatomy mata manusia. Struktur vitreous humor seperti yang dilihat dalam gambar rajah adalah bahan seperti jel yang mengisi ruang di dalam mata lantas memberi dan mengekalkan bentuk sfera bebola mata.
Apabila kita semakin tua, vitreous ini akan larut dan membentuk kawasan yang cair (bukan jel) di kawasan tengah anak mata. Namun demikian terdapat juga zarah vitreous yang tidak larut dan terapung-apung di kawasan cair tersebut. Zarah-zarah ini boleh mengambil bentuk dan saiz yang pelbagai dan dirujuk sebagai floaters. Lebih jelas kelihatan sekiranya kita memandang langit yang cerah atau skrin computer. Zarah ini tidak pegun, ia bergerak apabila mata anda bergerak (melayang-layang).
Perlukah rawatan?
Pesakit yang mengalami eye floaters perlu mendapatkan pemeriksaan doktor mata.
Bilakah rawatan kecemasan perlu diberikan?
Selalunya eye folaters kelihatan apabila kita melihat ke arah cahaya terang. Sekiranya zarah-zarah ini jelas kelihatan sama ada ketika cahaya terang atau gelap, pesakit tergolong di dalam kes kecemasan dan sangat-sangat penting untuk berjumpa doctor mata secepat mungkin. Hal ini demikian kerana ia merupakan tanda-tanda awal “retinal detachment” yang boleh menyebabkan anda buta.
Ni gambar SS (Snap Sendiri hubby aku kata...) semasa aku 'rabun' sementara.
Cam budak baik tak?
*Korang yang ada petanda eye floaters ni, baik pi check k. Aku tak payah kot sebab dah lama tak rasa silau dengan cahaya ni. hehe...~
2 comments:
trima kasih infonya ya, sangat bermanfaat
Brape kos akak buat spek..??
Post a Comment