Breaking Fast At Tupai-Tupai Restaurant

Sunday, August 14, 2011

Today 13 Ogos 2011. My hubby's birthday. Kami planned untuk berbuka di Restoran Tupai-Tupai KL.

Aku dah book awal takut penuh Sabtu tu..Huh, nasib booking awal, memang penuh, berderet kereta sampai melimpah ke tepi-tepi jalan walau kami sampai awal sekitar jam 7.00 ptg. Kami booked for Buffet Ramadhan. Ada juga ala-carte foods.

                                                                 Adam merasmikan dulu.

Notice something? Muka Adam tembam giler sekarang. Kuat makan sampai ayah kata kita 'dietkan' Adam lah. Haha... Kesian Adam, kecik-kecik dah nak kena berdiet..

Ni kuih-muih untuk berbuka. Aku amik serba sedikit ja. Takut tak habis, kena caj meh kalau tak habis, RM10 per 100g makanan. Bagus jugak dia buat camtu, boleh elakkan pembaziran makanan.

Ni my hubby amik. Konon tak nak makan nasi. Last-last makan jugak. Dah melayu tu., Melayu jugak...

                                                                 Yang ini aku suka!

Tapi paling aku bedal semalam ialah nasi minyak dengan roasted lamb. Sampai tak sempat dah nak tangkap gambar. Hehe.. Memang best dapat makan lamb. Teringat masa mengandungkan Adam dulu, aku tak lalu makan lamb ni..Rugi rasa waktu tuh...

Kami makan relax-relax jer sebab niat memang nak lepak lama. Senang sebab di restoran ni ada surau. Kami gilir-gilir solat Maghrib then sambung lagi dengan makanan sampingan lak.


                           Semestinya my favourite, laksa utara. Tapi rasanya tak best sangat..

                                            Serawa pisang ni sedap! Aku tambah dua kali.

Ada jugak amik tapai tapi tak besh. Masa ni kami dah kekenyangan. Dah sengkak giler. So, relax-relax lepak sambil layan kerenah Adam... Suasanan restoran ni damai, rasa cam kat Rimba.. Cam slogan restoran ni la "Suasana Rimba di Kuala Lumpur"

                                                  Birthday "Boy' yang kekenyangan

                  Ramai dah balik waktu ni. Kami yang tinggal, tak balik-balik lagi. Huhu..

So, untuk sesiapa yang berminat untuk berbuka puasa di sini, boleh la buat tempahan di 03-21432525. RM 52 for adult and free for Adam (4 years old and below).


                                                               Bye-bye Tupai-Tupai!!






2 comments:

itAlYbAbY said...

salam... tumpang tye, kat tupai2 ad tax ke?

Wonderful Life with Mary Kay said...

itAlYbabY~tak de tax. Memang bil kami aritu RM104 jerk.