Sunday, June 24, 2012

Genting Again!

Morning? Pergi mana hari ni?


Weekend korang buat apa? Kami attend kenduri kat Raub. First time sampai Raub. Then lepas kenduri plan naik Genting again ... pergi 3 bijik kereta, officemate husband. Singgah Masjid Genting solat dan zass tukar baju .
Harus tukar baju kurung nih..

Masa sampai dah pukul 4.00 ptg, so budget untuk seronokkan Adam kat indoor saja lah. Kalau beli outdoor, rugi gak sbb dah nak mlm.. Sempat lah Adam main beberapa mainan. Ingatkan boleh la Adam main dengan anak-anak kawan hubby, tapi rupanya dorang tak bawak anak.. So, Adam main sorang-sorang jer..

 Layan la horse ni. Sweater sama dari baby sampai ke tua sebab badan maintain slim. Tangan ja dah sampai siku. Takpa-takpa, kita lipat sket, coverline....Huhuhu to ayah...

Kali ni Adam dah sampai minimum height utk bumper car kat indoor ni. (Yes, tumbesaran Adam berjalan lancar!) Last time kena reject. Owh, dia dah pandai main, tak nangis takut lagi macam dulu.

Dua, tiga mainan ni diulang main 1000x sampai malam. 

Kami laki bini ni naik monorail train ja. Means RM60 sebab tiket untuk dewasa RM30 seorang for indoor. Mainan tu ja kami main. What a waste! Tapi sedapkan hati, tak pa la teman Adam dan Azfar naik ulat bede ni... :)

Eh, gemoknya mama. Owh, aku stretch gambar masa edit nih (tak mau ngaku gak.)

Yerla yerla, aku gemok. Lepas ni sit up 50x setiap hari kay!!

Satu-satunya gambar aku kat Genting. Trip paling sikit gambar sebab ayah tak mau bawa kamera. Nasib enpon ayah tak habis bateri, kan ayah kan?

Azfar rilek je dalam stroller

Tapi bila malam ja, Azfar dah batuk dan tak selesa. Maybe hidung tersumbat. Harapan nak enjoy lagi terpaksa ditangguhkan. Letak nasal sparay macam tak jalan. So,aku sedut hidung Azfar dua kali, baru okey (Korang pernah sedut hingus baby?) Lepas dinner kami turun, balik rumah.

~Hari ni nak masak Nasi Daging. Harap-harap cubaan pertama menjadik~






3 comments:

Rtp Farra Arisha said...

it's fun when outing to somewhere else with the beloved family. anyway Adam looks just like you, Sis. :)

Liza Othman said...

caye tak tak pernah gi genting hehe..lom pernah teringin pun :)..
comel azfar..dua hero ya.. ops tak pernah sedut hingus baby, tak lalu..husband lagi berani rasanya... selalu guna yg macam pam kecik tu je..wat pelan2..tp org ckp sedut sendiri tu lagi cepat berkesan..

Liza said...

Rtp~Like mom, like son :) tq for the compliment

Liza Othman~Tu la, kalau sedut sendiri, hingus keluar cepat sket compred guna nasal spray tuh..