Rupa-rupanya Nafastari Sudah Tiada...

Sunday, August 26, 2012

Sedang ralit membuat tugasan, hati meronta untuk menulis entri ini..... :p

Beberapa hari lepas, selepas pulang dari kampung beraya, saya dan suami menghabiskan masa bersama melayari internet, membaca kisah dan liku hidup manusia.

Kami terlekat pada satu blog ni yang asalnya terjumpa apabila menggoogle sesuatu..

Ralit kami habiskan satu persatu ayat dalam blognya. Kisah Kereta Merah Makcik Supiah dan Gambar di dinding Rumah Mak Cik Supiah. membuatkan kami melekat di depan lappy.

"Bestnya penulisan dia ni"

"Gaya bahasa dia penuh sastera. Penuh makna dan pengisian"

Hampir sejam kami menyelami kisah-kisah hidupnya, baru kami perasan entri itu ditulis dalam tahun 2006.

"Huh? Lamanya....."

Saat kami tekan pada entri 2011 pada blognya, baru kami sedar yang dia sudah berkahwin dan punya dua orang cahaya mata. Embun dan Kekwa.

Terus lagi kami baca penulisan-penulisan terbaru. Tapi itupun sudah lama, tahun 2011. Dia tak lagi menulis? Sayangnya......Tiba-tiba aku jadi seperti mengikut setia blog Nafastari. Kenapa baru sekarang baru terjumpa? Namun... Seketika kemudian, kami terpandang pada satu entri yang membuatkan kami terkejut.

Rupa-rupanya, penulis sudah tiada lagi. Dia telah pergi buat selamanya..

Sedih, pilu...seperti menyelami setiap perasaan itu di hati ini... Takkan dapat lagi membaca entri-entri terbaru.

Namun, kami dapati ada kesinambungannya. Mawar Nafastari telah menyambung semula kisah Embun dan Kekwa. Dan akulah peminat setia Mawar Nafastari selepas ini. Kali pertama aku terjumpa template blog yang sama dengan blog aku :)

Dia menyedarkan aku bahawa dunia hanya sementara. Hidup mati di tangan Allah. Tiada sedikit pun waktu dianjakkan tatkala ajal datang menjemput. Walau di usia muda, itu bukan syarat untuk tidak mati.

Juga menyedarkan aku bahawa sayangi mereka sementara masih ada.. Nafastari membahagiakan keluarganya dan tiada satupun yang tidak menyenangi mereka. Baik, sangat baik, membahgiakan....(moga dia ditempatkan bersama-sama orang yang beriman)





"

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mmm.. sapa tue.. nanti kalau ila dah jadi penulis baca buku ila pulak ye.. :)

Wonderful Life with Mary Kay said...

Liza pun tak kenal, Ila. Tp hati tersentuh dgn setiap penulisan dia.. Baru nak follow.. Rupanya, dia dah meningggal......