Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Sambal tumis Daging dengan Rebung Madu

Sunday, July 6, 2014

Sedar tak sedar dah seminggu kita menunaikan ibadah berpuasa. Belum sempat apa-apa. Nanti sedar tak sedar dah nak sambut raya.

Apa menu berbuka untuk hari ni ya? Liza sekeluarga memilih untuk masak secara ringkas ja. Resepi daripada mak dan kakak ipar digabung.

Sambal tumis daging bersama rebung.

Nak cuba? Ni resepinya :

Bahan-bahan asas :
300 g daging lembu
Semangkuk rebung madu
Minyak
Air

Bahan-bahan menumis :
3 ulas bwg putih
3 ulas bawang merah
2 inci halia
*semuanya dihiris nipis.

Bahan kisar :
Cili kering
2 Labu bawang besar

Cara memasak :
1. Tumis bahan2 menumis sehingga naik  bau.
2. Masukkan bahan kisar dan biar garing.
3. Masukkan daging dan tambahkan air supaya daging lembut.
4. Setelah daging lembut, masukkan rebung yang telah direbus.
5. Masukkan garam, gula dan perasa serta sedikit perahan air asam jawa.
6. Biar sebati sehingga kuah agak pekat.

Sedia untuk dihidang.



Tips Memilih Ketam Segar

Sunday, January 20, 2013

Tips ni dapat daripada my hubby. My hubby dapat dripada sorang nyonya yang dia jumpa masa tengah pilih ketam kat pasar. Aku tak pernah pilih sebab selama ni memang my hubby yang pergi pasar beli barang basah. :p


Bersedia untuk dimasak!!

Pilih yang :

  • Bila angkat tu, rasa berat.
  • Tekan-tekan kulit dia, lembik tak? Kalau lembik jangan amik sebab maybe dah lama.
  • Tengok telur, ada tak? Kalau ada, lagi sedap makan.
  • Tengok sepit dia, cukup tak? Kalau tak, tak cantik la nak hidang. Hehe :)
Tips tambahan daripada aku :
Jangan kopek kat pasar cengkerang dia. Nanti orang yang kopek u buan sekali otak dia. Sebab aku suka amik otak dia. Bila masak, kuah jadik ketul-ketul. Sedap!!!!


Selamat menjadi ketam masak lemak cili padi.

Resipi aku, 
  1. blend cili padi dan kunyit hidup.
  2. masukkan ketam, nenas, dan bahan kisar bersama-sama santan. Tak tumis kay!
  3. Then titikkan serai dua batang.
  4. buka api sederhana sampai menggelegak.
  5. Tambah garam dan perasa. Aku tambah asam keping (kecik giler) sebab nenas tak masam.
  6. Buh daun kunyit untuk naikkan lagi bau dia.
~Salah satu menu kgemaran aku~



Siakap Masak Stim : Jom Try di www.myresipi.com

Wednesday, August 18, 2010

Setakat ni baru sekali makan kat luar sepanjang Ramadhan. Yang lainnya, masak. Seronok kan kalau kita masak, ada orang yang berselera makan. Then, puji2 sket kita masak sedap. hehe.. Bukan minta dipuji tapi macam motivasi la bila orang memuji2 masakan kita. Yer tak? Terima kasih la pada www.myresipi.com. Kat situ lah aku godek2 resipi nak masak. That day, search Siakap Masak Stim.

Klik la sini kalau nak cuba resipi yang Liza dah cuba tu.. Liza cuma ubah sket jer daripada yang disediakan. Liza letak asam boi di dalam perut ikan. Lebih sedap letak kat luar sekali. Ni ikut cara my MIL. Then, Liza tambah timun dan tomato ceri, letak banyak-banyak.

Komen dari pelanggan setia, "sedap!"
Siakap Masak Kukus

~Cubalah!!~