Oilatum Products For Eczema

Thursday, January 26, 2012

Apa korang guna untuk anak-anak yang kena eczema? Recently, saya cuba produk yang disarankan doktor pakar yang merawat kulit Azfar. Produk ni namanya Oilatum dan ada beberapa jenis. Mungkin info ini berguna bagi ibu-ibu yang runsing tentang eczema bayi anda.

Oilatum Emollient ni saya gunakan ketika mandikan Azfar. Sekiranya bukan waktu mandi, saya campurkan bersama air sebelum sapu emulsifying cream. Harganya RM 27.00

Oilatum Showel Gel ni saya gunakan semasa mandi sebagai sabun. Sebelum ni ada jugak gunakan Sebamed tetapi setelah disarankan doktor untuk menggunakan produk ini, Sebamed digunakan oleh Adam. Harganya RM23.00.

Namun, kadang-kadang waktu di antara waktu mandi pagi dan petang, saya terpaksa gunakan emulsifying cream bersama dengan air untuk melembapkan kulit Azfar. Sekiranya dalam perjalanan panjang, terasa seperti susah untuk menyapu krim tersebut bersama air. Kadang-kadang air dalam bekas tertumpah. Terfikir gak untuk beli sprayer. Tapi, bila google, saya baru dapat tau yang produk ni ada jugak krim. Saya akan cuba nanti.


 Oilatum krim ni boleh digunakan terus selepas mandi atau bila-bila masa apabila diperlukan. Sangat senang tanpa penggunaan air untuk menghilangkan gatal dan melembapkan kulit bayi. 

Untuk keterangan lanjut tentang produk, boleh klik sini.

~Rasa cam nak borong semua ja produk Oilatum ni~


11 comments:

aanie said...

sy x penah try sabun ni utk adam sy...kalau g klinik, doktor akan bagi sabun yg bentuk gel..kaler dia hijau..x ingat apa namanya....huhu....

LYAfrina said...

ada satu lagi brand seba$%%^^&.. apa yer..tak igt nak eja.. tu pon ok kan.. s

Wonderful Life with Mary Kay said...

aanie_hmm.. lain2 ubat, maybe bergatung pd stok klinik / hospital.

Lyafrina~sebamed kot.. PPernah guna sebelum ni.

mummyrinazone beauty said...

kalau eczema nie dia ada jenis2nya..nurul baru nak bawak sofia ujung bln 2 nnt ke pakar..so kena tgk dulu sofia stage yang mana eczemanya...n kuaman yang mana ada di kulitnya tuh..so dr situ bleh tgk produk yang sesuai..

skang nurul guna produk dr cethapil dulu..tgk mcm ok..pas g pakar baru nurul ikut kata pakarlah yang mana sesuai..mmg kena cuba2 kan??banyak gak kan produk yang oilatum kuarkan??
kenape kena pakai air liza?nnt lehlah buat entry cara2 menggunakannya..guna campur2 air?

Wonderful Life with Mary Kay said...

Wan~Liza mmg dh beli cetaphil dan guna sekejap sebelum ni.Tp doktor suruh hentikan dan tukar kepada Oilatum. Xtanya lak kenapa. Mungkin kulit Azfar sgt kering dan Cetaphil tu xcukup untuk melembapkan kulit dia.

CatlinaFly said...

liza, aisy ade problem eczema tapi mild...skrg guna cetaphil sebab share dgn kakak dia...sy lak baru dapat tau dari FB KIM ( kump ibu menyusukan) syas kandungan paraben tak baik utk kulit/baby.tapi sy tgk semua produk mandian/sabun/syampu/ bottle cleanser kbynkan ada paraben..huhu...dlm cetaphil pun ada..nak kena tuko gamaknye...n kaji balik psl paraben ni

CatlinaFly said...

tapi aisy dgn e-ein dua2 takleh pakai bedak wangi...nanti merah2 kulit diorg...n tergaruk2...so far aisy ok sikit dari keadaan e-ein dulu sebab fully bf..e-ein dulu kan awal2 sy kasi susu lembu...bila dah tukar isomil baru ok...tapi skrg kulit agak sensitif..budak lain pegang bunga, rumput ke daun ke, ok je..kalo dia mesti jadi cam kudis2 or merah2 nanti...

Wonderful Life with Mary Kay said...

Catlina~Azfar dah tak guna Cetaphil sebab pakar kulit minta hentikan dan gantikan Oilatum... Better hentikan lah, Cat...

KrisKan said...

Hi, nak tanya di mana boleh beli produk Oilatum ini? Sblm ini, saya beli di Caring pharmacy, tapi mereka mcm dah berhenti jual.

Wonderful Life with Mary Kay said...

Kriskan~Awak duk area mana? Last time saya beli di Farmasi PPPUM, kat cafe dia.... Ada jugak saya beli kat farmasi area Pearl Point, OKR. Cuba di sana..

KrisKan said...

i duduk kat shah alam =(
susah nak gi OKR jugak...anyway, thanks.